Assalamualaikum, apa khabar sahabat-sahabat? Semestinya sahabat-sahabat
tertanya-tanya apakah yang bakal dikongsi oleh pihak perdiqma pada kali ini.
Pada kali ini, pihak perdiqma ingin berkongsi sedikit tentang program yang
telah berlangsung pada 1/1/2014 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Dengan
bantuan penasihat perdiqma, pihak perdiqma telah berjaya menjalankan program
khidmat masyarakat iaitu " Program
Bantuan Persiapan Persekolahan"
kepada beberapa ahli keluarga di flat pangsapuri baiduri. Tujuan program
ini adalah untuk memperluaskan platform dakwah dengan memberi sumbangan kepada
masyarakat luar. Untuk program ini , beberapa bantuan telah diberikan seperti
pakaian , seluar , kain, kasut dan alat tulis. Kesemuannya adalah baru dan
berkualiti supaya ianya boleh digunakan pada jangka masa yang lama.
1.0 Ketika Menjalankan Proses Penyerahan Bantuan
Persiapan untuk program ini telah dijalankan sebulan
lebih awal untuk memudahkan lagi proses pembelian barang. Beberapa AJK perdiqma
telah mencari beberapa keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar pangsapuri
berdekatan kolej kita. Pihak AJK perdiqma telah berjaya mendapatkan maklumat
tentang size daripada semua keluarga yang dipilih. Seterusnya , kesemua
maklumat diserahkan kepada pensyarah untuk proses pembelian barangan.
Setelah
berjaya memperolehi maklumat beberapa keluarga , program diteruskan dengan
pembelian barang bersama penasihat perdiqma iaitu Pn Zaida. Alhamdulillah,
proses pembelian barang berjaya dilakukan dengan sempurna. Walaupun mengambil
masa yang lama untuk proses pembelian , tetapi demi senyuman anak-anak yang
bakal bersekolah , semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.
2.0 Ketika Menjalankan Proses Pemilihan Baju
Program diteruskan lagi dengan persiapan membahagikan barangan mengikut
keluarga. Proses ini dilakukan di rumah penasihat iaitu rumah Pn.Zaida. Proses
ini dilakukan bersama-sama dengan Penasihat perdiqma yang lain iaitu Ustazah
Noridayu dan AJK perdiqma yang lain. Alhamdulillah , penyusunan barangan telah
dijalankan dengan baik dengan perancangan yang cekap dan pantas oleh pihak
penasihat dan AJK.
Setelah selesai persiapan menyusun barangan, maka bermulalah proses pembahagian barang
kepada semua keluarga di pangsapuri baiduri di belakang kolej kita. Untuk
proses ini , beberapa AJK terlibat bersama-sama dengan penasihat iaitu Ustazah
Noridayu. Proses ini dijalankan dengan begitu baik sekali dan berjalan dengan
lancar. Kita dapat lihat terpancarnya senyuman di wajah anak-anak yang bakal
bersekolah. Kita juga telah melakukan beberapa pecahan supaya proses pengagihan
barang berlaku dengan pantas dan mudah. Walaupun proses ini mengambil masa yang
agak lama , tetapi wajah-wajah keriangan anak-anak betul-betul menyebabkan kami
tersentuh dan berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan. Lebih-lebih lagi
apabila kami melihat keadaan keluarga yang hidup dalam keadaan serba susah.
3.0 AJKT Perdiqma Menyusun Setiap Barang Bantuan
Pihak perdiqma benar-benar tersedar bahawa masih ramai keluarga di luar
sana yang benar-benar hidup dalam keadaan serba susah dan tidak berkemampuan.
Dengan program ini , kami dapat mengenal lagi masyarakat mana yang susah dan
lebih memerlukan bantuan. Pihak kami telah menyimpan beberapa maklumat supaya
pada masa akan datang, bantuan dapat diberikan sekali lagi kepada beberapa
keluarga. Semoga program ini menjadi platform utama untuk pihak perdiqma
memperluaskan lagi dakwah. In shaa ALLAH. Terima kasih untuk semua pihak yang
terlibat.
4.0 Wajah Anak-Anak Yang Ceria Mencuba Pakaian Mereka
5.0 Kehidupan Keluarga Yang Kurang Berkemampuan