Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT,
Adakah iman kita sihat?
Jadi pada kali ini pihak perdiqma ingin berkongsi tentang pengenalan perdiqma yang berlangsung pada 27 july yang lalu iaitu pada hari isnin. Pengenalan perdiqma adalah slot yang diadakan oleh pihak perdiqma untuk menerangkan fungsi perdiqma itu sendiri. Ianya termasuk dengan fungsi setiap biro dalam perdiqma. Slot ini bermula selepas solat maghrib iaitu pada pukul 8:00 malam.
Pengenalan perdiqma dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Bacaan doa dibacakan oleh saudara afiq. Seterusnya majlis dimulakan dengan ucapan presiden iaitu saudara amir. Saudara amir menerangkan tentang fungsi perdiqma itu sendiri di dalam kolej. Seterusnya saudara amir juga menerangkan tentang beberapa biro yang ada di dalam perdiqma. Saudara amir juga memberi tazkirah ringkas tentang dakwah kepada pelajar-pelajar baru.
Seterusnya, majlis diterusnya dengan pembentangan slide oleh ketua biro program iaitu saudara irfan. Saudara irfan menerangkan tentang tugas sebagai ahli biro program dan menceritakan tentang program yang telah dilakukan dan bakal dilakukan oleh biro program. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pembentangan slide oleh ketua biro media dan informasi iaitu saudara ayman. Saudara ayman menceritakan tentang skop kerja ahli biro media dan informasi. Seterusnya saudara ayman juga menceritakan tentang program yang telah dijalankan oleh semua ahli biro seperti jamuan dan lain-lain.
Majlis diteruskan dengan pembentangan slide oleh biro makanan iaitu saudara amirullah. Saudara amirullah menceritakan tentang tugas dan skop kerja ahli biro makanan. Saudara amirullah juga menceritakan tentang program yang telah dilakukan seperti memasak bersama ahli biro. Seterusnya pembentangan diserahkan oleh pengacara majlis kepada saudara afiq selaku ketua biro usrah. Saudara afiq menceritakan tentang tugas ahli biro usrah. Memandangkan biro usrah ini baru dibuat, saudara afiq menceritakan tentang biro dengan lebih luas kerana masih ramai yang tidak faham tentang biro usrah itu sendiri. Alhamdulillah, saudara afiq dapat menceritakan dengan baik sekali.
Selepas itu, majlis diserahkan kepada ketua biro ekonomi iaitu saudara sufian. Saudara sufian menceritakan tentang tugas biro ekonomi dalam membantu ekonomi perdiqma. Alhamdulillah saudara sufian dapat menerangkan tugas biro dengan baik sekali. Seterusnya, pembentangan diserahkan kepada ketua biro musollah iaitu saudara adib. Saudara adib menceritakan tugas dan skop kerja selaku ahli biro musollah. Segalanya berjalan dengan baik dan lancar.
Setelah selesai pengenalan, majlis diteruskan dengan solat ishak berjemaah di surau an-nur. Selepas itu bermulalah sesi pengambilan ahli baru. Jadi semua pelajar yang berminat untuk menyertai perdiqma diminta duduk di dalam bulatan biro yang telah disiapkan oleh setiap biro. Pengambilan ahli pada sem kali ini sangat memberansangkan. Ramai pelajar baru yang beberapa yang lama telah menyertai perdiqma.
Semoga ahli-ahli yang baru mahupun yang lama tetap teguh dalam menyampaikan dakwah kerana tidak semua orang mampu lakukan tanggung-jawab ini dan yakinlah bahawa :
"Barang siapa yang membantu agama ALLAH SWT, nescaya ALLAH SWT akan membantunya dan meneguhkan tapak kedudukannya"
-Surah Muhammad Ayat 7
Semoga kita semua mendapat ganjaran dan manfaatnya in shaa ALLAH. Semoga kita berjumpa lagi ! Assalamualaikum :)