Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

28 Mei 2011

Sahabat, berikan penjelasan kepada rakan anda mengapa anda bertudung!!!


Anda tahu menutup aurat dengan sempurna dan bertudung itu wajib.Tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan kepada rakan-rakan anda? Mari bersama-sama kita melihat penjelasan melalui penceritaan animasi yang menarik di bawah.  Semoga dapat memberi penjelasan dan pemahaman yang lebih baik kepada kita semua mengapa hijab atau tudung disyariatkan kepada golongan hawa. Sebar-sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda melalui laman sosial dan lain-lain. Moga bermanfaat dan dikira sebagai satu amalan soleh di sisi Nya.

Video yang menjelaskan tentang aurat:

Pamphlet oleh kerajaan Negeri Kelantan berkenaan Aurat wanita. Semoga dapat menambah i'tikad (keyakinan) kalian semua tentang tanggungjawab yang wajib kita fahami dan laksanakan: 

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Video yang ini pula mungkin menjelaskan mengapa ramai dari kita tidak mahu menutup aurat dengan sempurna :-)

Semoga bermanfaat....Wassalam...


MINUMAN BARBICAN HARAM?

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram." (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Klik sini untuk melihat laporan kedua mengenai minuman ini.

Laporan disunting dari: Harian Metro Online


25 Mei 2011

Quiz Istimewa Isu Palestin

Assalammualaikum WKT. Sempena cuti semester KPMB kali ini, pihak PERDIQMA menyediakan pengunjung blog PERDIQMA dengan Quiz berkaitan Palestin untuk menguji pengetahuan warga KPMB tentang permasalahan Palestin. Quiz Isu Palestin ini terbuka kepada semua pengunjung laman PERDIQMA dan akan ditutup pada 15/06/2011. Tiga jawapan terbaik dan terawal akan mendapat cenderahati berupa sebuah CD eksklusif ToT Isu Palestin beserta video eksklusif Tragedi Mavi Marmara.*

* Jawapan anda mestilah disertakan dengan Nama penuh, Email dan Alamat penuh bagi urusan pengeposan cenderahati.
 

"Semoga pengetahuan kita semakin bertambah dan digunakan untuk berdakwah di jalan Allah  Ta'ala."

Soalan:

1.  Antara berikut, dimanakan bandar yang terdapat Masjidil Aqsa di dalamnya?

a. Semenanjung Gaza        b. Baitul Maqdis
c. Khan Younis                   d. Rafah

2. Regim Zionis yang menguasai Palestin ingin merobohkan Masjidil Aqsa dan ingin menubuhkan sebuah struktur lain. Apakan nama bangunan tersebut?

a. The Solomon Temple    b. The Dome of The Rock
c. The Shederot                 d. The Palace of Sharon

3. Hari "Nakba" yang bermaksud "bencana" diraikan oleh rakyat Palestin dan seluruh dunia bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada 9 April 1948" di Palestin. Apakah peristiwa yang berlaku pada waktu tersebut?

a.  Kejatuhan empayar Uthmaniyyah.      b. Rampasan tanah Palestin oleh Yahudi.
c. Penubuhan Negara Haram Israel        d. Kemenangan Hamas menentang Zionis

4. Antara berikut yang manakah bukan negara jiran bagi Palestin?

a. Mesir       b. Syria
c. Israel       d. Jordan

5. Israel merupakan nama lain bagi seorang nabi. Siapakan nabi yang dimaksudkan?

a. Musa     b. Yusuf
c. Daud     d. Yaakub

6. “Sesiapa yang menguasai Palestin akan menguasai Dunia". Kata-kata ini pernah disebutkan oleh seorang tokoh di dalam Islam. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a. Saidina Umar Al Khattab         b. Saidina Umar Bin Aziz
c. Salahuddin Al-Ayubi                 d. Zaid Bin Thariq

7. Peristiwa Shabra & Syatila merupakan satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Umat Islam Palestin yang dilakukan oleh Pelampau Zionis antara 16 hingga 18 September 1982. Dimanakah kedudukan Shabra & Syatila pada hari ini?

a. Negara Palestin       b. Negara Jordan
c. Negara Mesir           d. Negara Lubnan

8. Nama-mana berikut merupakan pemimpin utama dan pejuang barisan hadapan gerakan Hamas di Palestin. Kesemua mereka telah terbunuh (Syahid) dalam perjuangan kecuali seorang. Siapakah antara mereka yang masih memimpin dan hidup sehingga hari ini?

a. Dr Aziz Rantisi                    b. Syeikh Ahmad Yassin
c. Ustaz Ismael Haniyeh           d. Nizar Rayan

9. Protokol Yahudi merupakan satu keputusan mesyuarat yang terhasil dari mesyuarat The Elders of Zion yang berlangsung pada tahun 1896 di Basle, Switzeland. Kandungan protokol ini adalah berkenaan rancangan rapi bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi melalui pelbagai konspirasi sejak berkurun lamanya. Antara berikut siapakah yang terlibat dengan protokol tersebut?

a. Henry Ford                b. Theodore Herzl
c. Ariel Sharon                   d. Joseph Schechtman

10. Berikut merupakan kitab atau sumber panduan bagi Yahudi. Kesemua yang digunakan pada hari ini adalah kejam dan tidak benar. Namun begitu, yang mana satukah didapati merupakan kitab/panduan paling kejam?

a. Perjanjian Lama (Old Testament)        b. TALMUD 
c. KABBALA                                       d. PROTOKOL ZIONIS

* Jawapan anda mestilah disertakan dengan Nama penuh, Email dan Alamat penuh bagi urusan pengeposan cenderahati.


"Bersama memahami permasalahan Ummah!!!"

Quiz anjuran Biro Dakwah & Ekonomi PERDIQMA.

Hanya pihak pentadbiran PERDIQMA KPMB yang dapat melihat jawapan serta maklumat peribadi yang di pos oleh pengunjung PERDIQMA KPMB. Segala maklumat peribadi tidak akan disiarkan kecuali nama penuh 3 pemenang yang akan dinilai pada 17/6/2011. Sekian terima kasih.


10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati



Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya. Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:"Ambillah sepuluh macam ramuan:


1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

iluvislam.com


24 Mei 2011

Blog PERDIQMA Kembali Dengan Wajah Baru.

Blog www.perdiqmakpmb.blogspot.com kini telah pulih semula & berwajah baru. Dilengkapi semula dengan radio atas talian IKIM.fm, facebook features, sharing options dan banyak lagi.Terima kasih buat semua pengunjung blog ini. Semoga terus bermanfaat.


Nak 'Couple' Boleh Tak??


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.  




22 Mei 2011

BLOG PERDIQMA MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL

.
Untuk makluman pengunjung blog PERDIQMA KPMB, laman sesawang ini sedang mengalami sedikit masalah teknikal sejak beberapa hari yang lalu. Masalah yang berlaku telah menyebabkan beberapa item di dalam blog ini berubah dan hilang yang melibatkan paparan gambar, maklumat kandungan blog dan beberapa gadget seperti radio IKIM.fm, facebook gadget dan lain-lain. Walaubagaimanapun semua posting masih boleh di baca seperti biasa di blog ini. Team blogger kami sedang berusaha untuk membaik pulih laman ini kembali Insya Allah. Kami memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku.


16 Mei 2011

Selamat Hari Guru Buat Seluruh Warga Pendidik KPMB.





(Dedikasi Sempena Hari Guru)

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979






14 Mei 2011

15 MEI 1948: MENGINSAFI TRAGEDI BERDARAH NAKBA


Muqaddimah
Hakikat kenyataan bahawa agenda dunia kini dikendalikan oleh media Barat, yang majoritinya memihak kepada Yahudi, Zionis dan Israel yang sentiasa menyembunyikan kebenaran peristiwa-peristiwa yang berlaku di mana-mana di dunia ini terutamanya di Palestin. Namun, beberapa kejadian yang berupa kezaliman dan kekejaman yang keterlaluan serta bersifat kebinatangan telah didokumentasikan oleh pertubuhan-pertubuh an antarabangsa dan Tragedi Deir Yassin yang berlaku 60 tahun yang lalu adalah satu daripada ratusan peristiwa yang menggambarkan sifat brutal penjajah Yahudi Zionis di bumi Palestin.

Lokasi
Deir Yassin dahulunya adalah sebuah perkampungan kecil orang-orang Palestin yang terletak di sebelah barat wilayah Baitul Maqdis.


Deir Yassin terletak kira-kira 1400 meter di utara Yad Vashem, sebuah tugu peringatan Holocaust yang paling terkenal di mana Yahudi Zionis telah mengajar dunia agar “Tidak Akan Lupa” terhadap Holocaust.

Latar Belakang Tragedi Deir Yassin
Tahun 1948 adalah tahun malang bagi rakyat Palestin apabila secara sistematik negara mereka terus dicabuli dengan penjajahan Yahudi Zionis. Rentetan duka Palestin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181′ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.


Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Namun rakyat Palestin terus bangkit berjuang hampir bersendirian di kala penjajah Yahudi Zionis terus dibantu oleh British dan PBB secara langsung sehinggalah berlakunya penubuhan Negara Haram Israel pada tanggal 15hb Mei 1948.

Tragedi Deir Yassin
Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampung mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.

Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.

Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.

Kata-kata saksi:
Diantara kata-kata saksi pelarian tragedi Deir Yassin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,“Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Fahmy Zaidan, satu-satunya yang selamat daripada seluruh isi keluarganya dan berumur 12 tahun pada tragedi tersebut menceritakan mimpi ngerinya,“Pengganas Yahudi telah mengarahkan semua ahli keluargaku berdiri mengadap ke dinding. Mereka kemudiannya menembak semua ahli keluargaku satu persatu. Aku terselamat kerana aku sempat berlindung di kalangan ahli keluargaku yang dewasa. Mereka terus menembak sehinggakan sebutir peluru telah mengenai Qadriya, adik perempuanku yang berumur 4 tahun. Kemudian seorang demi seorang gugur termasuklah ayauku, ibuku, datuk dan nenekku, pak cik dan mak cik saudaraku serta anak-anak mereka”.


Jacques de Reynier, Ketua misi Pertubuhan Palang Merah ke Palestin pada 1948, yang melihat anggota-anggota mayat yang dipotong serta berselerakan berkata:

“Keadaan yang ada sungguh mengerikan. Saya juga melihat orang-orang muda lelaki dan perempuan yang memegang senapang dan bom tangan. Tangan-tangan mereka masih berlumuran dengan darah. Saya melihat seorang wanita Yahudi yang kelihatan sebagai seorang penjenayah yang sangat kejam. Dia memperlihatkan darah-darah yang menitis dari kedua-dua tangannya seraya mengangkatnya dengan bangga seolah-olah dia sedang memegang dua piala kejuaraan”.

Angka korban yang besar
Tiada siapa yang pasti jumlah penduduk desa Deir Yassin yang terkorban dalam tragedi ini. Ada laporan yang menyatakan bahawa jumlah yang terkorban adalah seramai 254 orang termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang-orang tua. Menurut laporan PBB, hanya 40 orang daripada kira-kira 400 orang penduduk desa ini yang sempat menyelamatkan diri sedangkan yang lainnya telah disembelih dan dibunuh dengan kejam.

Siapakah arkitek kepada tragedi ini?
Harus diperjelaskan bahawa para teroris yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini bukanlah anggota organisasi ekstrimis Yahudi yang bertindak bersendirian bahkan mereka telah mendapat arahan terus daripada pemerintah Israel.

Kumpulan pengganas Haganah (yang kemudiannya mejadi batalion tentera Israel), telah mengebom desa Deir Yassin menggunakan mortar manakala kumpulan Irgun dan kumpulan Stern menyerang dari jarak dekat. Semasa kejadian ini, David Ben-Gurion yang merupakan Perdana Menteri Israel yang pertama telah menentukan polisi kumpulan Haganah; manakala Menachem Begin yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 6, telah mengetuai Irgun dan Titzhak Shamir yang merupakan Perdana Menteri Israel yang ke 7, adalah bekas ketua pengganas kumpulan Stern.

Menachem Begin telah menggambarkan operasi yang tidak berperikemanusaan ini sebagai salah satu contoh resmi betapa kejam dan brutalnya regim Israel dengan kata-kata, “Tragedi ini tidak hanya dibenarkan, malahan tidak akan wujud Negara Israel ini tanpa ‘kemenangan’ di Deir Yassin”.

Kesan Deir Yassin
Rejim Yahudi Zionis telah menjadikan serangan seperti itu untuk menghukum dan menzalimi rakyat Palestin dan mengusir mereka dari bumi Palestin sehinggalah pendatang-pendatang haram Yahudi mempunyai tempat dan masa depan untuk hidup di Palestin. Israel Eldad, seorang pemimpin Zionis yang terkenal pernah berkata,”Jika tidak ada Deir Yassin, setengah juta orang Arab akan tetap tinggal di Negara Israel (pada tahun 1948). Dengan demikian, Negara Israel tidak akan pernah wujud”.

60 tahun selepas Deir Yassin
Kini telah 60 tahun berlalunya tragedi hitam Deir Yassin. Tragedi ini hanyalah satu daripada ratusan tentetan tragedi yang berlaku kepada rakyat Palestin. Negara Palestin yang dahulunya aman dan rakyatnya yang telah dinaungi keadilan terus dijajah oleh rejim Yahudi Zionis. Penangkapan, penyiksaan, penyembelihan dan pembunuhan terus berlaku tanpa mendapat perhatian yang selayaknya dari media antarabangsa. Konspirasi senyap lagi bisu di kalangan mereka juga telah menular di kalangan media Arab serta dunia Islam sekeliannya.
Sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat isu dan permasalahan umat ini agar terbelalah maruah Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalan yang timbul, adakah kita rakyat Malaysia akan bersimpati dan prihatin dengan isu terbesar umat Islam di abad ini. Apalah sangat sumbangan yang telah kita berikan jika dibandingkan dengan saudara kita di Palestin yang telah mengorbankan keringat dan keselesaan, jiwa dan kehidupan demi mempertahankan maruah umat di bumi mulia ini.

Janganlah kita biarkan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini sekadar menjadi lembaran sejarah tetapi marilah kita bersama melakari sejarah baru ketika umat amat menantikan fasa kebangkitan dan kegemilangan. Jangan tengok kiri atau kanan, jangan tanya orang lain tetapi tanya diri kita sendiri. Apa yang telah dan yang akan aku sumbangkan?
 
Semoga Palestin dan Al Aqsa terbela!

Dr Zainur Rashid Zainuddin,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...