28 Mei 2011

MINUMAN BARBICAN HARAM?

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Semoga Umat Islam lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil. Ketahuilah, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram." (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Klik sini untuk melihat laporan kedua mengenai minuman ini.

Laporan disunting dari: Harian Metro Online

Comments
22 Comments

22 comments:

camne ari2 7e 16 shah alam..ak pegang scan minuman nie ngan malt..tin tu..camne erk..kt 7e 16..tu xde jual alkohol..dua minuman tu..dri kilang arak..

Apa maksud "camne ari2 7e 16 shah alam..ak pegang scan minuman nie ngan malt..tin tu..camne erk..kt 7e 16..tu xde jual alkohol..dua minuman tu..dri kilang arak.."? tak faham

maksudnyer sye keje kt 7eleven 16 shah alam,ari2 scan minuman nie ngan satu lagi malt tin..slalu yg jual kt 7e tu...camne erk hukumnyer..7e 16 tu xde jual alkohol tp barbican ngan malt tu..dri kilang arak..

maksudnyer sye keje kt 7eleven 16,shah alam..ari2 pegang scan barbican nie dengan satu lagi minuman malt
tin..yg supplier dr kilang arak..7e tu xde jual kcuali 2 minuman tu dri kilang arak..

Betul jugak kan. sypun musykil. Hal agama ni kita tak boleh agak je nak bg tau lagi2 bab hukum. Maybe ada sesiapa kat sini yang bole jelaskan?

emmm...sedap...tp haram..=_='

duduk middle east pon kami kene beware gak dengan makanan yang kami amekkkk.

-salam dari jordan

x dsebut smaada air t'sebut barbican atau bkn...
bleh jd air2 b'perisa buahan yg len..
dn ksahihan blom dbktikan...
bkti blom dtnjukkan..
fatwa blom dkluarkn..
so, jgn ske2 m'ulas b'dsrkn logik akal..

@tanpa nama yg kat atas ni..

mmg la.tp kita kena berwaspada..lagipun baik di jauhkan dari air jenis camni..sbb leh timbul fitnah dengan design dia..

Hukum Minum Barbican oleh Ust Azhar Idrus:

Soalan: Apa hukumnya minum air Malt Barbican dr negara Arab yg semakin digemari ramai sekarang ini ustaz, dah makin menjadi trend dah. Minuman ni rasa dia macam alkohol ustaz tp isi kandungan dia tulis non alkohol, saya rasa sbb Malt ni bahan asas sblom jd alkohol sbb tu dia rasa dah nak mcm alkohol. Cara minuman ini dibotolkan pun dah macam alkohol.

Mintak penjelasan ustaz, boleh minum ke tak Barbican ni?

Jawapan :

Air barbarican bukan arak yg diharamkan tetapi olih kerana dibotolkan menyerupai arak dan airnya mcm arak lebih baik ditinggalkan saja kerana membawa fitnah kpd umat Islam.


http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=4619

minum je la air masak.......dijamin xade alkohol.... saya xpenah minum air ni...bukan sebab takut ada alkohol tapi sebab botol dia xlawa dan xmenarik minat untuk minum... mereka perlu rebranding la... =(

xcakap pon air barbican..suka ati je
(aku penah minum gak tp sumpah bodoh xsedap)

ini mesti perlukan banyak research lagi...mungkin mengandungi alcohol..tpi kalau orang arab pun minum..mesti ad kelebihan dia jugak..cuba buat research kebaikan barbican ni pulak..then compare dengan keburukan dia.. from that part..lebih banyak hypothesis boleh dibuat utk mendalami serta memahami lagi kandungan2 yg terdapat dalam air ni.. expanding knowledge is better than terus assume bende ni dh x leh gune...open minded,see outside,beyond god thats how islamic scientist done

saya mmg tk suka minuman ni..tapi suami sy sgt suka..dh agak dh..

Aku bru je lepas beli barbican kat 7 eleven,rsa air biasa saja,klu perisa straberi macam rs air livita jer.....

Bagi aku senang jer.. Selagi ko minum dan bnde tu tak memabukkan dan memudaratkan.. Ianya halal..

Bagi aku senang jer.. Selagi ko minum dan bnde tu tak memabukkan dan memudaratkan.. Ianya halal..

Tapai ada lebih dari 2% tlapi halal pulak.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...