Pada tarikh 16 April 2011, PERDIQMA telah menganjurkan sebuah progra yang treasure hunt di KPMB. Program ini betujuan bagi memupuk semangat kerjasama antara kumpulan dari segi fizikal dan mental serta membina ilmu yang baru dalam diri para remaja di KPMB. Program ini telah diberi nama “treasure of iman” yang bermaksud, khazanah keimanan dan kata lain adalah pencarian iman.
Program  ini disertai oleh 4 kumpulan iaitu, 3 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan  perempuan. Peserta diminta berkumpul pada jam 8 pagi bagi sarapan dan  aktiviti berlangsung pada jam 9 pagi. Peserta berkumpul dihadapan surau  bagi aktiviti senaman ringan sebelum memulakan permainan. Selepas  aktiviti memanaskan badan dijalankan, sarapan disediakan oleh pihak  urusetia. Setelah para peserta bersarapan, sedikit taklimat dari ketua  urusetia tentang perjalanan sepanjang aktiviti tersebut. Permainan  bermula pada jam 9.20 pagi kerana pagi tersebut Allah memberi rahmat  hujan. Setelah urusetia membenarkan permainan bermula, keempat2 kumpulan  berjalan menuju tempat yang dinyatakan.
Pelbagai  aktiviti menarik sepanjang program tersebut antaranya aktiviti  menggunakan telur. Telur akan dibalut dengan menggunakan surat khabar  dan akan di jatuhkan dari tingkat atas di pejabat felo. Kesemua kumpulan  sedaya upaya melakukan namun mereka tidak berjaya melakukannya tetapi  semangat berkumpulan dalam membentuk pelbagai idea adalah yang paling  diutamakan. Selain dari itu, mereka juga diminta untuk mengisi air  kedalam botol menggunakan mangkuk bertali. Peserta tidak dibenarkan  memegang mangkuk tersebut untuk mengisi air ke dalam botol tetapi hanya  dibenarkan menggunakan tali yang diikat pada mangkuk tersebut. Mereka  telah melakukan dengan baik tetapi tidak berjaya kerana air yang dituang  tidak mencukupi. Seterusnya, mereka juga diminta menjawab berberapa  soalan. Soalan  yang dijawab kebanyakannya tepat. Hal ini mungkin kerana mereka berpengetahuan luas. 
Aktiviti  selesai pada jam 1 petang. Peseta kelihatan penat pada waktu ini.  Majlis penutup dan penyampaian hadiah dijalankan pada waktu sebelum  zohor.  Pada waktu ini peserta kelihatan berdebar menantikan saat dimana  pemenang akan diumumkan. Setelah diumumkan, peserta kelihatan gembira  dan diteruskan dengan solat zohor. Setelah selesai solat zohor, sesi  mengambil gambar diadakan bagi kenang-kenangan dalanm program ini.  Terima kasih diucapkan  kepada peserta kerana memeriahkan  program ini. Ucapan ini juga di tujukan kepada semua urusetia dan  peserta program ini dan di akhiri dengan ucapan Assalamualaikum warah  matullah hi wabarakatuh.
Oleh: Nurdin Haikal Bin Ab Lathif
Oleh: Nurdin Haikal Bin Ab Lathif
 
 
 0 Comments
0 Comments





 
 
 
