28 Januari 2010

Rahsia Tarian Poco-poco

Makcik pun menari poco-poco
www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Mus'ab Khalili Rosli

Hampir semua dari kita tahu tentang tarian poco-poco bukan? Saya sendiri mula mengenali tarian poco-poco ketika menjalani Program Khidmat Negara kira-kira tiga tahun yang lalu. Sudah semestinya saya sendiri mempelajari tarian tersebut pada ketika itu. Semalam, saya sempat mencuri masa untuk melayari internet sementara menanti masa untuk ke kuliah yang seterusnya.

Ketika melayari laman web kesukaan saya iaitu iluvislam.com, saya tertarik untuk membaca sebuah artikel yang bertajuk "Rahsia Tarian Poco-poco" lalu membacanya. Agak terkejut apabila membaca artikel tersebut saya mendapati ianya mendedahkan asal-usul Tarian Poco-poco. Akhirnya artikel tersebut membawa saya ke laman web asal berita ini di sebarkan. Disini saya sertakan petikan dari artikel tersebut: 

"Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan  daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini."
 
 Sejauh mana kebenaran dakwaan penulis di laman web berkenaan, tidaklah dapat saya pastikan. Namun begitu, tujuan saya berkongsi maklumat ini adalah untuk kita sama-sama berhati-hati agar tidah terjebak dengan perkara yang syubhah. Moga-moga artikel ini dapat membantu kita agar sentiasa berhati-hati dan terus mencari kebenaran.

Rujukan: http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html


Comments
2 Comments

2 comments:

ASSALAMUALAIKUM,HURM INI MEMANG MENARIK,SAYA JUGA ADA MENDNGR MNGENAINYA TAPI SAYA SEKADAR MAMPU MENSEBARKAN PADA KELUARGA TERDEKAT DAN KENALAN SAJA.KELUARGA BESAR SAYA AKAN BERKUMPUL SETAHUN SEKALI UNTUK BERHIBUR BERSAMA,ANTARA HIBURAN KAMI ADALAH MENARI POCO-POCO,SEKARANG SAYA TAK TAHU NAK BUAT APA,SAYA INGIN SUARAKAN PASAL NI TAPI TAKUT MENYINGGUNG HATI SAUDARA-MARA SY.ADA TAK CARA YG BLH BNTU SAYA TNPA PRLU MNYIGGUNG PERASAAN MEREKA YG BLM CKP KUAT IMNNYA.HARAP SAUDARA PERDIQMA SUDI MEMBANTU

Assalammualaikum...
Kepada tetamu perdiqma yang memberi ulasan di atas, seperti yang banyak dari kita hadapi dalam kehidupan kita, kadangkala ramai dikalangan kita mengamalkan sesuatu tanpa menyelidik asal usul perkara itu dengan baik. Atau dengan kata lain ambil mudah. Sedangkan didalam Islam, kita ditegah melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu(*Taklid).Situasi ini bertambah sukar sekiranya turut berlaku kepada diri kita, mahupun keluarga kita.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan iaitu berkenaan amalan Tarian Poco-poco, sudah tentu sukar bagi kita untuk memberitahu mereka tanpa kelukakan hati mereka terutamanya kepada ahli keluarga yang lebih tua.Dalam perkara seperti ini, Islam mengesyorkan cara yang paling berhikmah dan terbaik agar kita tidak melukakan hati mereka seterusnya dapat mengekalkan keutuhan hubungan kekeluargaan.

Disini saya mengesyorkan beberapa kaedah yang mungkin dapat membantu:

1) Gunakan orang ketiga: Untuk kaedah ini, saya mencadangkan agar meminta bantuan dari kalangan ahli keluarga terdekat yang lebih tua & yang memahami isu ini dengan baik untuk menasihati ahli keluarga kita. Dengan ini, mungkin ahli keluarga kita akan dapat menerima & memahami tentang perkara ini dengan baik selain hubungan kita terhadap mereka tetap terpelihara.

2) Kongsikan maklumat yang anda perolehi bersama mereka: Bagi kaedah ini, mungkin kita boleh kongsikan bersama mereka melalui e-mail, link ke web site yang mendedahkan perkara ini atau print dan berikan risalah-risalah kepada mereka.

3) Selalu berkongsi cerita dan masalah yang berlaku disekeliling kita bersama mereka: Dengan cara ini, kita mungkin boleh berkongsi maklumat yang didedahkan didalam artikel ini bersama mereka secara tidak langsung dan tidak melukakan hati mereka. Malah, mungkin mereka lebih berminat dan gembira dengan apa yang kita sampaikan kepada mereka disebabkan cara yang kita gunakan.

Sekadar itu sahaja dari saya. Saya amat berharap agar apa yang saya berikan dapat membantu. Sesungguhnya, Allah SWT berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." Al-Baqarah, 42.
Semoga kita semua sentiasa didalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah dalam menjalani kehidupan sebagai remaja yang penuh dengan cabaran.

Disini saya sertakan link yang mungkin dapat membantu:

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/ab13fc1b7e87eb4f4825760100208cd4
?OpenDocument

http://www.ehoza.com/v4/forum/ibubapa-anak-kehamilan/83627-bolehkah-anak-menasihati-ibu-bapa.html

*Taqlid adalah satu perkataan bahasa arab yang bermaksud mengikuti pada bahasa dan pada istilah pula bermakna mengikuti sesuatu perkara atau hukum tanpa mengetahui dalil atau nas yang menyokong hukum atau perkara tersebut.

Dijawab oleh:
Mus'ab Khalili Rosli (editor)
kpmbperdiqma@gmail.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...