Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

24 Jun 2010

TEKA-TEKI 6: Sempena cuti semester

Sempena cuti semester yang masih berbaki kira-kira dua minggu lagi, kali ini satu set mengandungi 10 soalan teka teki akan diberikan. Soalan ini pernah digunakan ketika Program Islamic Treasure Hunt Anjuran PERDIQMA pada semester lalu dan beberapa soalan juga pernah juga digunakan dalam teka-teki sebelum ini.  Semasa Program Islamic Treasure Hunt, hadiah lumayan disediakan. Tetapi untuk pengujung blog PERDIQMA KPMB, Insya Allah,  pahala dan ilmu yang tak ternilai harganya bakal diperolehi.

Jadi, jom menguji minda dan kita tengok siapa yang dapat menjawab dengan betul paling banyak !!! Mari kita lihat siapa yang kena.....
Soalan 1
 

Anda sering membaca surah Yasin dan al-Waqi`ah. Telah diceritakan berkenaan pohon berwarna hijau. Jika ia bersentuhan diantara "jantan" dan "betina" (negative & positif) walaupun basah, maka ia akan menghasilkan api. Apakah nama pohon itu?

Soalan 2

Satu pohon – bukan bermaksud buah – yang apabila ia diperah akan mengeluarkan air. Dan apabila ia dipanaskan ia akan menghasilkan minyak. Apakah nama pohon itu?

Soalan 3

Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah orang di alam barzakh yang berasa amat bahagia dan menganggap orang di dunia berada dalam kerugian. Sedangkan tugas di dunia hanya mengajak manusia mengikut para Nabi utusan Allah. Di dalam surah Yasin disebutkan, dia dilemparkan dengan batu dan mati. Siapakah orang itu?

Soalan 4

Orang nasrani menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah Nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?


Soalan 5


Dalam al-Quran dia telah menghidupkan 70 orang dan di dalam al-Hadits dia telah menghidupkan 35 ribu orang dari kaumnya yang telah meninggal selama 60 tahun. Siapakah Nabi itu?

Soalan 6


Siapakah Nabi yang telah menghidupkan kanak-kanak perempuan yang ditanam hidup-hidup oleh bapanya kerana mengikut tradisi masyarakat? Dan siapakah bapa anak kecil itu?

Soalan 7

Siapakah dia yang telah menghidupkan orang-orang yang telah mati diperkuburan Javana. Dan si mati ditanya oleh ahli warisnya, dan beliau mengakui kebenaran Muhammad bin Abdullah?

Soalan 8

Cucu Iblis yang telah beriman dikatakan telah bertemu dengan Rasul. Dan dia telah menceritakan nama-nama wasi sejak Adam hingga Nabi Muhammad. -Siapakah nama cucu Iblis itu?

Soalan 9

Di dalam surah al-Baqarah dikhabarkan tentang seorang pemuda yang bertubuh sasa, tetapi miskin, namun ilmunya hebat dan bijaksana. Nabi Daud dikatakan menyertai pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Pemuda tersebut memiliki sebuah Cokmar (mohor).
Siapakah nama pemuda tersebut?
Dan apakah nama cokmar yang dimiliki olehnya?
Siapakah nama ketua panglima pihak musuh yang ditentang?
Dan siapakah pula yang membunuh ketua panglima pihak musuh?

Soalan 10

Di dalam surah al-Waqi`ah ada disebutkan pohon Zaqqum berduri yang menjadi makanan ahli neraka. Pohon ini boleh tumbuh dan membiak di dalam api neraka. Sebaliknya, terdapat di dunia ini burung yang mampu bertelur dan membersihkan tubuhnya di dalam api. Burung ini hanya terdapat di negeri cina. Apakah nama burung tersebut? Dan apakah pula nama burung yang bertelur di awan?


23 Jun 2010

Menjaga Etika Bertudung

         www.perdiqmakpmb.blogspot.com         
Nor ‘Aisah Binti Abd Hamid
Editor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut. Mengapa persoalan ini diutarakan? (Klik more untuk baca selanjutnya)


Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?

Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.



14 Jun 2010

The Truth About Soy

Have you ever wondered about soy? It's promoted as the miracle food that will feed the world while at the same time prevent and cure all manner of diseases.

But what if all you've read about soy is nothing but a multi-million dollar marketing strategy based on scanty facts, half-truths and lies?

Most people remain unaware that soy is known to contain an array of potent chemical toxins. The modern manufacturing processes of high-profit industries make no effort to remove these potent toxins. High levels of phytic acid, trypsin inhibitors, toxic lysinoalanine and highly carcinogenic nitrosamines are all present in soy products.

Phytoestrogens that disrupt endocrine function and are potent antithyroid agents are present in vast quantities in soy, including the potentially devastating isoflavone Genistein. Infants exclusively fed soy-based formula have 13,000 to 22,000 times more estrogen compounds in their blood than babies fed milk-based formula, the estrogenic equivalent of at least five birth control pills per day. Premature development of girls has been linked to the use of soy formula, as has the underdevelopment of males. Infant soy formula has been linked to autoimmune thyroid disease.(Click more to read full article)



7 Jun 2010

“Kami Bukan Wira Tetapi Andalah Wira Yang Sebenar” – Ketua Misi Lifeline For Gaza Malaysia

SEPANG 6 Jun – “Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.


“Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

“Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),” kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd. Samsuddin.

Berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel pada sidang akhbar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini, kesemua 12 sukarelawan itu memanjatkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.  (Klik pada more untuk baca selanjutnya)


5 Jun 2010

Doktor Aktivis HALUANPalestin Membantu Komando Israel Yang Cedera Ketika Serangan Laut Marmara

www.perdiqmakpmb.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.



Catatan Srikandi II: Penyakit buta sejarah

www.perdiqmakpmb.blogspot.com

*Maklumat dari artikel ini adalah berbeza dengan maklumat yang biasa diketahui umum. Tidak semua maklumat yang disiarkan dijamin tepat. Pembaca diharap menggunakan budi bicara dan bimbingan dari pihak yang betul apabila membaca artikel ini agar tidak tersalah erti/tafsir akibat dari artikel yang disiarkan.

Apakah kepentingan sejarah? Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa? Adakah sejarah hanya sebagai cerita-cerita sahaja untuk didengar? Dibaca?Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?

Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah. Atau para 'sejarahwan' kita yang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka, bukan tanggungjawab kepada bangsa.Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa.Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah. Jika dia gagal dalam subjek itu,keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam subjek lain. Namun siapa yang kisah? Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam subjek sejarah. Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat 'cross-reference' dengan para sarjana lain. Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah. Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jika mengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah,..... (Klik more untuk baca selanjutnya)


3 Jun 2010

Penawanan Konstantinopel : Menganalisa Ibrah 29 Mei Buat Mahasiswa


www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Muhamad Syaari bin Ab. Rahman

29 Mei 2010, genaplah 557 tahun kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di Turki. 29 Mei setiap tahun seharusnya dijadikan bukan sekadar hari memperingati kejayaan Sultan Al-Ghazi Muhammad bin Murad membuka Konstantinopel sehingga menebalkan lagi sindrom ‘hero worshipping’ umat Islam, tetapi lebih penting dari itu ia adalah hari untuk gerakan mahasiswa Islam melakukan muhasabah ke atas soal pemerkasaan organisasi khususnya dalam aspek produktiviti (pencapaian visi) dan kompetensi ahli-ahlinya. Juga sejauhmana agenda ‘sharpen the saw’ organisasi dengan peneluran idea-idea segar dan ‘out of the box’ diraikan mahupun dilaksanakan dengan tujuan agar gerakan anak muda Islam terus berpengaruh di kampus. (Klik more untuk baca selanjutnya)


2 Jun 2010

VIDEO TERBARU: SERANGAN TERHADAP KONVOI BANTUAN KE GAZA



Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa

www.perdiqmakpmb.blogspot.com

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.


1 Jun 2010

BUKTIKAN KEPRIHATINAN KITA!!!

www.perdiqmakpmb.blogspot.com


Di Turki.



Di Sweden.



Pelajar Universiti di Norwich.



Di Norway.



Di Belfast.


MALAYSIA ? 

Ketepikan perbezaan ideologi politik, masyarakat pelbagai lapisan, kaum dan agama harus berkumpul untuk mengutuk keras Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kelmarin. Jika itu yang paling kecil yang boleh kita lakukan untuk mengecam tindakan zalim rejim Yahudi secara bersama; maka itulah yang harus kita lakukan.

Kredit: tehranifaisal.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...