KPMB, 7 Mac 2011-Untuk kali pertamanya, pada 4 Mac hingga 5 Mac 2011, satu program khusus buat siswi Kolej Professional Mara Beranang yang bertemakan “Remaja Musleh” telah diadakan. Program yang diberi nama Tamrin Siswi (TAMSIS) ini telah dianjurkan dengan usahasama Perdiqma dan AJK Kamsis. Program ini telah dibuka kepada semua pelajar asrama dan hanya terhad kepada 40 orang siswi yang terawal mendaftar sahaja. Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM3 dan makanan telah disediakan sepanjang program berlangsung.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswi, disamping menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan siswi dalam segenap aspek, terutamanya isu-isu semasa. Program ini juga diharapkan dapat menanamkan unsur-unsur Islamik dalam jiwa remaja kini yang boleh membawa perubahan untuk mengatasi permasalahan sosial pelajar. Program ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam dalam kawasan KPM Beranang.
Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan adalah seperti ‘Ice Breaking & Team Building’ ,Solat berjemaah, Kuliah maghrib, bacaan Al-mathurat, ‘Briefing In Our Life' ,Qiamulail, Senam Pagi,Amazing Khalifah,Tayangan Movie,Telematch serta malam kemuncak iaitu malam kebudayaan 'Sure Soleh'. Yang lebih menariknya ialah semua peserta tidur di surau An-Nur sebelum qiamulail. Pada keesokan harinya aktivti Amazing Khalifah dan Telematch pula sememangnya telah menguji kemahiran berfikir, serta kerjasama antara ahli kumpulan dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
Pengisian pada malam pertama program ialah Forum yang bertajuk “Dimanakah Cinta Dan Cita Tergadai”. Moderator dan para ahli panel jemputan sangat istimewa pada malam itu. Moderator, Pn. Riani Bt Awang yakni penasihat Tamsis juga turun padang melibatkan diri dalam progran Tamsis. Tiga orang ahli panel telah dijemput iaitu Siti Maisarah Bt Mansor mewakili KAMSIS, Ratna Sari Dewi Bt Roslan mewakili PEER’S dan Musfirah Bt Mohd Asri yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi membincangkan tajuk forum pada malam tersebut. Tajuk ini dipilih bagi menyesuaikan situasi para pelajar masa kini yang sedang mengejar cita-cita tetapi kadang-kala cita-cita mereka dikaburi dengan perasaan cinta. Dilihat forum pada malam itu dapat menarik minat para peserta apabila ada yang sudi berkongsi pandangan dan bertanyakan soalan kepada ahli panel.
Sebelum malam kemuncak, setiap kumpulan juga telah diberi satu tugasan untuk memahami satu kisah srikandi Islam dan setiap kumpulan perlu membuat persembahan mengikut nama-nama srikandi islam yang telah diberi pada hari pertama program. Antara persembahan yang telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada malam tersebut adalah seperti mendeklamasikan sajak, nasyid,berlakon,bercerita dan pentomen. Best sangat...... Pada majlis malam penutup tersebut turut dihadiri oleh Ustazah Hafidzah Bt Mansor, pensyarah KPMB.

Majlis telah berakhir pada malam 'Sure Soleh' dengan penyampaian sijil kepada para peserta TAMSIS. Sebagai seorang peserta yang melibatkan diri dalam program Tamsis ini mengharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh: NOOR SYAHIRAH HUSNA BT MD NASIR