Pasti di luar sana ramai yang menyukai kucing terutamanya kucing yang comel dan bulu yang cantik bukan?. Tetapi tahukan anda, terdapat beberapa fakta/perkara yang ramai dikalangan kita tidak ketahui tentang kucing. Antaranya:
1. Kalender Usia Kucing.
Tahukah anda, terdapat kalendar usia kucing yang memberi perbandingan usia manusia dengan usia kucing. Lihat kalender di bawah:
Untuk lebih detail:
1-Bulan Usia Kucing = 6-bulan usia bayi
Sekiranya kucing anda berusia 1.5 tahun pada perkiraan usia kucing, umur kucing anda bersamaan 20 tahun usia manusia!!. Jadi kalau kucing anda telah berusia 1.5 tahun bermakna kucing anda sudah boleh dikahwinkan kerana kucing tidak perlu melanjutkan pelajaran ke Universiti seperti anda. :-)
2. Rasulullah &Sahabat bersama Kucing.
i) Terdapat sebuah periwayatan hadith yang menceritakan pada suatu hari, sewaktu baginda Rasulullah hendak mengambil jubah baginda, baginda mendapati terdapat seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah baginda. Lalu baginda memotong lengan jubah yang ditindih oleh kucing tersebut dengan tujuan supaya kucing tersebut tidak terjaga dari tidurnya.
ii) Abu Hurairah merupakan perawi hadith yang banyak meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Nama sebenar beliau sewaktu zaman Jahiliah ialah Abdul Ayams (Hamba Matahari). Lalu baginda memberi nama kepada Abu Hurairah dengan nama Abdul Rahman (Hamba kepada Yang Maha Pemurah). Namun begitu, nama yang lebih popular dikalangan teman-teman beliau ialah Abu Hurairah. Beliau mendapat nama Abu Hurairah kerana dikatakan sewaktu kecil beliau memiliki seekor kucing betina dan sering bermain dengan haiwan tersebut. Setelah Baginda mengetahui gelaran itu, baginda sendiri memanggilkannya Abu Hirr (Kucing Jantan) sebagai gelaran akrab. Dikatakan juga Abu Hurairah sendiri lebih menyukai gelaran Abu Hirr (kucing Jantan) berbanding Abu Hurairah yang bermaksud kucing betina.
3. Bila kucing berbaring.
Sekiranya anda melihat seekor kucing berbaring (seperti gambar di atas), itu bermaksud kucing tersebut berasa yakin dan selesa dengan anda. Ini kerana kucing yang takut dengan manusia tidak akan berbaring terutamanya apabila anda berdiri berhampiran kucing tersebut. Jadi, sekiranya seseekor kucing selesa dengan anda, ia akan berbaring dengan selamba walaupun anda menyentuhnya!
4. Jantina pada bulu kucing.
Gambar diatas menunjukkan kucing yang memiliki 3 warna iaitu putih, hitam dan perang. Jadi secara saintifiknya kucing tersebut merupakan kucing betina!
5. Isyarat ekor kucing:
i) Terdapat pendapat mengatakan sekiranya seekor kucing menghampiri anda dan menggetarkan ekornya, itu tandanya kucing tersebut amat menyayangi anda dan sedang berada dalam emosi positif. Pada waktu ini, anda bolehlah membelai dan bermanja dengan kucing anda. !
iii) Selain itu, sekiranya kucing anda mengibas-ngibas ekornya, dikatakan kucing tersebut sedang mengalami konflik dalaman ataupun "Internal Konflik". Biasanya keadaan ini berlaku kerana kucing anda sedang berada dalam tahap membuat pilihan dalam kehidupannya. Sebagai contoh, kucing anda ingin keluar rumah, tetapi keadaan di luar sedang hujan lebat. Jadi kucing anda akan mengibas-ngibaskan ekornya dalam tempoh membuat keputusan tersebut. Apabila hujan reda atau kucing anda membuat keputusan tidak keluar dari rumah, maka anda akan dapati ekor kucing anda tidak lagi dikibas-kibaskan. Jadi, konflik dalaman kucing anda telahpun selesai. :-)
Kesimpulan bagi perkongsian ini, kita hendaklah melihat setiap kejadian yang ada di muka bumi ini dengan penuh rasa rendah diri berbanding kehebatan ciptaan Allah yang tidak terbanding ilmunya. Kita lihat firman Allah yang bermaksud:
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." [13:3]
Janganlah kita menjadi manusia yang berjalan dimuka bumi ini denga perasaan megah dan sombong terhadap secebis ilmu yang kita miliki.
Betapa pemurahnya Allah yang sanggup menerima seorang hambanya yang banyak berdosa hanya kerana hambanya itu memberi seekor anjing minum dengan menggunakan kasutnya! Tetapi ingatlah, sekiranya kita belaku zalim terhadap haiwan, dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”
Marilah kita berkasih-sayang sesama makhluk!! |
http://hariaruhuba.blogspot.com/2009/02/tahukah-anda-sekiranya-seekor-kucing.html
http://alamendah.wordpress.com/2010/02/25/nabi-muhammad-pencinta-dan-penyayang-binatang/
http://zackzukhairi.blogspot.com/2010/01/perihal-kucing.html
http://permai1.tripod.com/abu_hurairah.html