12 Januari 2012
  Nurdin Hayy
   
 FB Comments
 

- Perkara  pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum  berucap. Sebaik mana pun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat  apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif  dan tidak tersasar atau menyimpang. 
- Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula. 
- Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri. 
- Pastikan anda sudah menguasai tajuk perbahasan dan sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa. 
- Perlu  ada mukadimah yang sesuai yang tidak terlalu panjang dan terlalu  pendek. Bergantung kepada masa yang diberikan. Mukadimah 15 peratus, isi  70 peratus dan penutup 15 peratus. Ini akan memudahkan pendengar untuk  mengikuti perjalanan ucapan anda dari awal sehingga penutup 
- Intonasi  suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi  menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian  kepada isi yang disampaikan, perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan  rendah. 
- Kenal  pasti sasaran khalayak kita dan apakah keperluan mereka mendengar isi  ucapan kita. Buat rujukan atau kaji selidik terhadap kelompok penonton  atau pendengar yang akan mendengar ucapan kita. 
- Buat  latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan  cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.  Walau bagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil  sebagai catatan rangka isi untuk berucap. 
- Fokus  ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contohnya sekiranya anda  mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai  kelebihan dalam ucapan anda. 
- Ada juga pemidato yang menggunakan ciri-ciri fizikal yang ada pada mereka untuk menarik perhatian khalayak. 
- Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. 
- Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif. 
- Pandangan pertama (first impression) penting untuk anda memulakan ucapan yang baik. 
- Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman. 
- Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. 
- Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. 
- Pandangan  mata (eye-contact) juga penting dalam ucapan bagi memastikan pendengar  berasakan anda bersama mereka sepanjang ucapan anda. 
Posted in: