22 Jun 2013

Cara Mudah Meraih COPA !!

" Siapa taknak COPA angkat tangan....!"

*krik..krikkk..krik..*

Semua pelajar pasti menginginkannya betul tak ? Okay jom kita explore cara-cara untuk mendapatkan COPA BULAN RAMADHAN

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang setia menikmati coretan blog ini..haa jangan tidak sedar dari lamunan lagi, walaupun kita sedang "menikmati" cuti semester, jadi segala amalan yang dibuat lagi tak terbuat juga tidak "cuti" weee (^-^).. Apa-apapun, kami berharap sahabat sekalian dapat manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Sebelum terlupa, memandang result peperiksaan akhir sesi Jan-Jun 2013 sudah keluar, tahniah disucapkan kepada sahabat2 yang berjaya dan yang kurang berjaya, InsyaAllah pasti ada hikmahnya. Teruskan lagi usaha, Allah pasti membalasnya. okay, kita tolak tepi hal result sbb ada perkara yang lebih penting lagi bagi umat Islam sedang menantikan kita....






Sedar tidak sedar, Allah masih panjangkan umur kita sehingga kini di bulan Sya'ban. Ayuh sama-sama kita berdoa agar kita dipanjangkan umur hingga bertemu Ramadhan yang mulia.Amiinn..

اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان


“Allaahumma baariklanaa fii Sya’baana wa ballighna Ramadhan.

Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

 

Kedatangan Ramadhan disambut dengan cara paling mulia kita raikan. Dan diambang menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, kami ingin mengajak sahabat semua untuk membuat sedikit "post-mortem" tentang Ramadhan yang lalu. Mari kita kaitan final exam yang baru sahaja lepas kita lalui dengan "exam Ramadhan" yang bakal kita lalui. Dikala bakal menghadapi final exam, rasanya tidak perlu saya bicarakan secara panjang lebar. Paham-paham jela student kan, bila dah nak exam barulah sibuk nak study semua. Nak dapatkan COPA, MOPA la kata kan.
Nah, macam mana pula nak hadapi "exam Ramadhan"?. "Alah, tiap-tiap tahun kita puasa, tak kan tidak tahu kot." Wuu... Ni lah masalah kita ni. Bila dengar pengumuman untuk tengok anak bulan, barulah nak terhegeh-hegeh nak bayar "hutang" puasa lepas. Bila hari pertama puasa pulak, dah macam-macam penyakit lain timbul seperti gastrik dan yang berkaitan. Eerrmm, mengalahkan budak kecik pulak orang dewasa ni. Sikit pun dah tak boleh tahan. Perkara semua ini boleh kita elakkan sekiranya kita "study" dahulu sebelum ambil exam Ramadhan ini. Maklumlah, markah yang diberi Allah masa exam Ramadhan ni, pahala amalan sunat = pahala amalan wajib, pahala amalan wajib = pahala amalan wajib x60++. Banyak tu Allah nak bagi, tapi kita buat biasa je. Boleh dapat COPA ke dalam exam Ramadhan ni?

Jadi untuk entri kali ini, kita akan memberi panduan kepada sahabat sekalian dalam menghadapi Ramadhan agar kita mendapat COPA dalam exam Ramadhan kali ini . Sungguh 1 bulan yang Allah peruntukkan untuk Ramadhan, walaupun rasanya begitu lama namun kita sebagai hamba tidak akan mensia-siakan begitu sahaja dan peroleh kemenangan yang hakiki. "Lecehlah pulak nak kena ada preparation untuk Ramadhan"...heh, Syawal tu boleh je nak buat preparation, tak kisah habiskan ratusan ringgit, nak raya kena berjaya di Ramadhan dulu.

Antara persediaan yang perlu ada dalam setiap dari kita ialah persediaan ilmu. " Eh,kita dah 30 tahun hidup la. Dah 26 tahun kita puasa, nak belajar apa lagi?" Inilah antara masalah kita, menyangkakan segala amalan yang telah kita belajar dan amalkan dari dulu sudah betul dan tidak perlu diperbetulkan. Tidak salah jika mendalami sedikit tentang semua yang berkaitan dengan puasa. Sebagai contoh, ada sesetengah kita bersahur pada sebelah malam (12 tengah malam keataas) dan tidur selepas itu. Tabiat seperti itu tidak digalakkan dan tidak berpadanan dengan sunnah Rasulullah ketika bersahur.

Daripada Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”

 Persediaan dari segi rohani (dalaman) juga penting. Apakah maksudnya? Ianya melibatkan penjagaan hati (iman) kita. Mulai sekarang setiap hari kita tanyakan pada diri kita "apa khabar iman kita?" Bagaimana nak menjaga hati ini? apa yang pasti soal menjaga hati ini adalah tahap paling sukar ditambah pula dengan dugaan dunia. Ianya tidak akan gagal andai amalan istiqamah (berterusan) diamalkan walaupun sedikit. Inilah masanya kita lipat gandakan amalan kita supaya kita tidak sukar mengamalkan di bulan Ramadhan. Antara amalan yang dilakukan adalah bertaubat segala dosa yang telah dilakukan, melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan amalan sunat lain.



 Persediaan harta pula adalah melibatkan harta yang kita miliki. Inilah saatnya untuk harta kita juga disucikan dengan zakat dan sedekah. Jika masih belum mengeluarkan zakat seperti zakat harta dan sbgnya, maka segerakanlah dan perbanyakkan amalan sedekah. "Alah, zakat fitrah cukuplah, asal keluar zakat sudahlah". Salah tu, zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan di bulan Ramadhan manakala zakat - zakat lain adalah untuk mensucikan harta kita. Selain itu perbanyakanlah amalan sedekah kerna di bulan Ramadhan nanti amalan tersebut yang menjadi keutamaan. Haa bukan susah nak dapat COPA bulan Ramadhan, Allah itu Maha Kaya sahabat2. 

Antara lain, adalah persediaan jasmani dan juga harta. Penjagaan kesihatan penting kerna ia melancarkan dan memberi kekuatan untuk melakukan amalan wajib dan amalan sunat. Boleh bayangkan sekiranya kita ditakdirkan sakit pada bulan Ramadhan nanti dan tidak mampu menjalankan ibadat puasa. Sungguh memang ada kelonggaran namun beza puasa di Bulan Ramadhan dan qadha di bulan lain tidak akan tetap sama. Bagi yang perokok tegar, sebelum Ramadhan inilah permulaan kita untuk mengurangkan ketagihan rokok itu. Sedia maklum, nanti di bulan Ramadhan nanti peluang untuk merokok juga kurang. Jadi alang-alang kita kurang merokok, baik kita berhenti terus. Kan haram merokok itu. Pesanan penaja , jangan sesekali kita berbuka puasa di Ramadhan nanti dengan sepuntung rokok. 

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan."


" Kalau COPA dunia kita study untuk mendapatkannya , kenapa tidak kita 'study' untuk dapatkan COPA Ramadhan ?

*hidung berdarah*

Begitulah serba sedikit yang boleh kami kongsikan kepada sahabat sekalian. Apa yang penting, apa usaha kita sebelum kita graduate untuk ijazah Ramadhan ini. Jangan sesekali melepaskan peluang yang Allah bagi kita tiap-tiap tahun dan yang belum tentu kitakan mengecapinya tahun mendatang. Persediaan diatas tidak boleh tidak mesti dimulakan sekarang. Jika tidak kita kan merasa rugi walaupun diberi 30 hari dibulan Ramadhan, tetapi hanya dapat lapar dahaga sahaja. Ayuh muhasabah diri. Kita sudah bersedia untuk menghadapi Ramadhan.



JEJAKILAH BULAN RAMADHAN DENGAN HATI YANG BERSIH DENGAN DIRI DIPENUHI IMAN DAN TAQWA.



Wassalam.



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...