3 Februari 2013

Salam Maulidurrasul & " SAY NO TO LGBT" !





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran kita ucapkan kepada Illahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersua lagi dalam coretan di blog Perdiqma ini. Tidak lupa juga selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita, Rasulullah SAW. Ohoiiiii ohsemnya siapa yang tengah baca entri ini. Subhanallah sudah pastinya anda insan cemerlang, InsyaAllah. Sahabat-sahabat, bersempena Maulidur Rasul yang lepas,telah diadakan beberapa aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh persatuan di kolej tercinta ini. Antaranya ialah ceramah perdana yang telah dilaksanakan pada 31 Januari 2013 bertempat di Dewan Sri Gema KPMB dan telah dimulakan pada jam 9.00 malam. 

Imam muda Ashraf  telah dijemput hadir bagi menjayakan program ilmiah ini. Kedatangan beliau disambut baik oleh warga KPMB. Beliau telah menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk yang bertajuk LGBT (Lesbian , Gay , Biseksual, Transgender). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Ariff Nasir selaku Timbalan Presiden MPP KPMB. Majlis diceriakan lagi dengan kehadiran Ustaz Mad Zan b. Md. Yausuf, Sir Shahari b. Md. Zin dan Sir Saizam serta ramai lagi pensyarah yang turut hadir.  Pelbagai ilmu telah ditaburkan kepada para hadirin kerana tajuk yang diketengahkan ini begitu menarik perhatian para pelajar  sehingga mereka begitu aktif mendengar setiap butir ilmu yang dilontarkan. Majlis berakhir pada jam 11.00 malam setelah cenderahati diberikan kepada IM Asyraf, pelajar-pelajar diarah bersurai sementara penceramah jemputan menjamu selera bersama VIP . Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 Di kesempatan ini juga, Pihak PERDIQMA ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua sahabat-sahabat, diharap agar maulidur rasul kali ini dapat memberi seribu erti kepada kita semua dalam memperingati Rasul junjungan kita iaitu RASULULLAH S.A.W. Oleh itu,ayuhlah kita memperbanyakkan selawat keatasnya agar kehidupan kita diberkati ALLAH.

Pengisian ceramah LGBT ( Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender )

- Kita hendaklah meletakkan IMAN dalam apa jua perkara yang dilakukan.
- IMAN perlu diutamakan dan bukannya NALURI.
- Berikan keyakinan kepada Allah.
- Ijmak Ulama mengatakan bahawa HARAM hukumnya Lesbian dan Gay.
- Sebarang perlakuan untuk mengubah ciptaan Allah adalah haram seperti membuat pembedahan menukar jantina

Lesbian       : Perempuan sesama perempuan
Gay             : Lelaki sesama lelaki
Biseksual     : Kedua-duanya sekali
Transgender : Kekeliruan jantina
               



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...