18 Januari 2014

Program BBSS Alumni Perdiqma


Assalamualaikum kepada pembaca setia blog kami. Diharapkan Allah melimpahkan kurnia atas usaha kita yang senantiasa dahagakan ilmu agama. Alhamdulillah, tahun baharu, semester baharu telahpun membuka tirai. Kami mengucapkan ahlan wahsahlan kepada semua pelajar dan diharapkan diawal semester ini kita berazam untuk mengekalkan prestasi, bukan sahaja dari segi aspek akademik malah peningkatan dari segi rohani dalam diri.


InsyaAllah, entri kali ini ingin membuat laporan tentang sedikit aktiviti Alumni Perdiqma. Eh, ada ea alumni kat perdiqma ni. Ha bagi yang tak tahu menahu, ke yang tahu, atau tengah makan tauhu, alumni perdiqma ni telah ditubuhkan pada Jun 2011 yang bertujuan untuk mengekalkan ukhwah antara bekas - bekas pimpinan perdiqma terdahulu mahupun ahli. Sila rujuk entri ini untuk artikel penubuhan alumni perdiqma.





Alhamdulillah, pada 11 - 12 Januari 2013 eh 2014, usai program Berkumpuli, Berukhwah Sambil Santai (BBSS) di Excel Training Resort, Lenggeng. Seramai 8 orang alumni yang menyertai program kali ini. Menjelang asar, program dimulai dengan sesi taaruf dan para peserta diberi kebebasan melakukan aktiviti sambil menikmati kedamaian suasana.


Usai makan malam, kami membuat sedikit perkongsian dan musyawarah. Sedikit perkongsian diberi sebagai peringatan untuk insan bernama manusia yang mungkin leka dan hatinya sentiasa tenggelam timbul. Alhamdulillah, musyawwarah kali ini telah membincangkan tentang laporan sepanjang tahun lepas dan sedikit perihal perancangan untuk program untuk tahun 2014.

Keesokan pagi seusai solat subuh berjemaah, menikmati bayu yang mendamaikan, melakukan sedikit regangan yang diketuai oleh saudara Shahir sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya. Jeng, jeng, jeng...jungle tracking. Dengan lafaz bismillah, kami memulakan langkah untuk menikmati kehijauan dunia yang belum pernah kami terokai sebelum ini.


Keterujaan kami untuk melangkah lebih jauh kedalam hutan bertambah apabila kedengan derasan air yang kami jangkakan seperti air terjun. Wah, bertambah semangat para peserta untuk mendaki biarpun ada dikalangan kami yang pada mulanya tidak mahu menyertai. Setelah 37 minit berjalan, kami berjumpa satu kawasan yang bersesuaian untuk santai.


 





Setelah itu, kami bertungkus lumus menyiapkan juadah sarapan untuk pagi itu. Lapar na, apa yang kami ada cuma maggi bungkus dan sup cendawan. Ermm, jadilah..asal dapat alas perut untuk makan dah bersyukur, Alhamdulillah. Kami menikmati sarapan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh saudara Miqdam sambil menikmati kedamaian alam semulajadi. Fuh nikmat.

Usai aktiviti, kami bersiap dan kembali semula ke resort. Aktiviti seterusnya adalah bebas antara sesama muslimin dan muslimat. Bagi yang muslimin, hah ada pulak kolam depan mata, apa lagi terjun. Dengan kesejukan air yang dirasai, pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama. Dek kata, macam nak pegi lagi la pulak.




Alhamdulillah, menjelang jam 12:38 tengahari, kami berangkat pulang setelah usai program. Sebelum berpisah, kami makan tengahari bersama di pekan Semenyih sebelum masing - masing pulang ke destinasi masing - masing. Diharapkan program seperti ini diteruskan dan penglibatan antara alumni dapat ditingkatkan bersama. InsyaAllah.



Penulis merupakan salah seorang alumni perdiqma yang berkongsi pengalaman program alumni perdiqma. Beliau berkongsi diblog perdiqma sebagai mempromosikan alumni perdiqma.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...