Mesyuarat sedang dijalankan |
Pada 4-5 Jun 2011 yang lalu, pihak PERDIQMA KPMB buat pertama kalinya telah berjaya menubuhkan tunas Alumnai PERDIQMA KPMB. Tujuan penubuhan Alumnai ini adalah bagi membantu usaha dakwah yang dilakukan oleh PERDIQMA di KPMB dengan menyumbangkan kepakaran yang dimiliki oleh ahlinya selain mengukuhkan ukhwah dikalangan bekas pimpinan PERDIQMA yang telah berada di pelbagai sektor sama ada masih bergelar mahasiswa ataupun yang telah berada dalam dunia pekerjaan.
Pengerusi PERDIQMA sedang berucap |
Bagi permulaan penubuhan tunas Alumnai ini, pihak PERDIQMA membuka keahlian kepada bekas ahli jawatankuasa tertinggi PERDIQMA. Namun begitu, insyaAllah pada masa akan datang pihak PERDIQMA akan membuka penyertaan kepada semua bekas pelajar KPMB yang pernah menjadi ahli PERDIQMA di KPMB.
Hasil mesyuarat penubuhan Alumnai PERDIQMA yang diadakan pada program ini juga telah melantik ahli jawatankuasanya seperti berikut:
Pengerusi: Muhamad Ihkwan Hadid Bin Mesari (KPTM KL)
Naib Pengerusi: Rokiah Binti Rawi (Bekerja)
Setiausaha: Noor Jannah Binti Abdul Rahim (Bekerja)
Bendahari: Aizat Bin Bahrin (UM)
Ketua Biro Program & Modul: Mus'ab Khalili Bin Rosli (KPMB)
N.Ketua Biro Program & Modul: Nabila Binti Mohd Radzi (UITM SI)
Ketua Biro Ekonomi & Kebajikan: Mohd Afiq Bin Sapar (UNIKL)
N.Ketua Biro Ekonomi & Kebajikan: Nadiah Binti Abd Hamid (Bekerja)
Ketua Biro Informasi: Nur Salimah Binti Yusri (Bekerja)
N.Ketua Biro Informasi: Anwaruddin Bin Haji Sulaiman (Bekerja)
Gambar: Sewaktu lawatan ke putrajaya |
Semoga penubuhan alumnai ini dikira sebagai satu usaha kearah memantapkan lagi gerakan dakwah di KPMB serta dikira sebagai satu usaha amar makruf dan nahi mungkar oleh Allah SWT menepati firman Allah yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”- Ali Imran ayat 104.
Gambar: Sekitar ekspedisi ke Bukit Broga.