Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar sahabat-sahabat semua ? Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat wala’fiat dan semoga iman sahabat-sahabat berada dalam keadaan sejahtera. Seperti mana Semester-semester lalu, tidak sah sekiranya Pihak Perdiqma tidak menganjurkan Majlis MUKTAMAR Perdiqma, bukan ? Maka, sekali lagi Mu’tamar Perdiqma telah diadakan pada 6 Februari 2014 betempat di LT2, Kolej Profesional Mara Beranang .Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya, MUKTAMAR kali ke-6 dipenuhi dengan ahli-ahli perdiqma baru dan lama yang semakin bertambah nilainya ! Subhanallah ! Allahuakbar ! Moga dengan penyertaan ramai ahli-ahli ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja-kerja dakwah. In Shaa Allah .
Baiklah, MUKTAMAR kali ini bermula
pada jam 9.15 malam selepas ketibaan tetamu jemputan pada malam itu iaitu Pn Riani Awang dan Ustazah NurIdayu Yusof yang merupakan penasihat PERDIQMA. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut. Pada sesi ini, Januari-Jun 2014 seramai 140 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Setelah semua mengambil tempat masing-masing, majlis bermula secara rasminya
dengan alunan ayat-ayat suci Al-quran yang dialunkan oleh saudara Megat Ali.Tidak lengkap rasanya jika suatu majlis tidak dimulakan dengan bacaan doa.
Untuk itu , saudara Muhammad Fauzi B. Hailani mengetuai bacaan doa. Moga Allah memberkati Majlis
Mu’tamar yang diadakan kali ke-6 ini.
Seusai bacaan doa, pengacara majlis, saudara Muhammad Hairi b. Dahuri menceritakan serba sedikit tentang PERDIQMA kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. Beliau juga ada menyampaikan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ
تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Wahai orang-orang mu'min, jika kamu
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Muhammad:7).
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
memaparkan video Flashmob Palestin yang
telah dijalankan di Bukit Broga bersama-sama ahli-ahli PERDIQMA, ALUMNI dan penasihat-penasihat PERDIQMA pada Semester JAN-JUN 2013 kepada para hadirin
sekalian. Usai sahaja video tersebut dipertontonkan,
majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden PERDIQMA iaitu Saudara
Izzat Haffiz. Beliau juga menerangkan serba serbi mengenai visi, misi,
objektif, tujuan, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PERDIQMA sepanjang
semester lepas. Seterusnya bacaan Ikrar diketuai oelh TImbalan Presiden
PERDIQMA iaitu Saudara Muhammad Fakhri Azri diikuti oleh semua AJK Tertinggi dan
Ahli-Ahli PERDIQMA. Sejurus selepas itu, majlis menjemput wakil
ALUMNI, iaitu Saudara Mohd Aizuddin Jamalan untuk menyampaikan sedikit kata-kata dorongan
kepada semua hadirin yang dikasihi Allah sekalian.
Beliau mengingatkan kepada semua ahli PERDIQMA untuk sentiasa menerapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, menurut beliau, tanpa ilmu yang kukuh, kebarangkalian untuk kita sebagai manusia biasa untuk terpengaruh dengan perkara-perkara yang mendatangkan kesesatan lebih tinggi peratusnya. Maka, penerapan ilmu dalam diri itu penting, agar kita dapat terbimbing dan terlindung daripada perkara-perkara yang buruk. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Riani Awang merangkap Penasihat PERDIQMA. Dalam ucapannya, beliau berkata apabila menyertai PERDIQMA, secara automatiknya ahli-ahli PERDIQMA perlu membantu meneruskan kerja-kerja dakwah agar dapat melahirkan lebih ramai lagi insan yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar .
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Majlis MUKTAMAR berakhir pada jam 10.30 malam. Semoga pada semester ini dan semester-semester akan datang , ahli-ahli perdiqma dapat menjalankan tanggunggjawab dengan baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah. In Shaa Allah, moga Allah sentiasa memberkati dan meredai segala amalan dan usaha-usaha dakwah yang kita lakukan bersama. Amin .