Assalamualaikum kepada pembaca setia kami. Alhamdulillah kini kita dah berada di minggu revision week, dan ini bermaksud final exam around the corner..huhu..Rasa macam kejap je dah nak final exam. InsyaAllah, saya doakan anda semua dipermudahkan dalam menjawab soalan exam tu nanti..oppss, lupa plak untuk pelajar HND, selamat menyiapkan assignment. Biasala, lumrah pelajar HND dengan "berassignment" dikala yang lain menghadapi peperiksaan sudah menjadi keramat.
Baik, kali ini saya nak berkongsi dengan kalian aktiviti alumni perdiqma bulan lepas. Alhamdulillah pada 16 September 2014 (Hari Malaysia), Alumni Perdiqma telah berkerjasama dengan STAY AlKitab dan Camar Marketing telah berjaya menganjurkan Dakian Amal "Up We Go Broga" bertempat di Bukit Broga Semenyih. Program ini bertujuan untuk mengutip dana untuk pembinaan bangunan baru STAY AlKitab Beranang.
Alhamdulillah, seramai 18 orang alumni perdiqma telah terlibat sebagai urusetia dalam program ini. Program ini bermula dengan urusan pendaftaran peserta di kaki Bukit Broga jam 7:00 pagi. Melihat kesesakan luar biasa Bukit Broga, pihak penganjur bersetuju untuk menangguhkan sedikit masa untuk memulakan dakian bagi melancarkan program. Jam 8:00 pagi, group pertama untuk dakian amal dimulakan. Dakian ini diketuai oleh pak cik Din yang cukup sinonim dengan Bukit Broga bersama anak-anak yatim STAY AlKitab. Sementara itu, urusetia dikalangan kami telah bersiap sedia dalam menjayakan program. Bahagian keselamatan yang diketuai oleh Saudara Shahir bersama pasukannya telah memberikan komitmen demi menjaga kebajikan peserta.
Dengan cuaca yang bermula dengan hujan embun diawal pagi, namun Allah permudahkan keadaan pada pagi itu. Bukit Broga yang cukup popular di negeri Selangor hari ini dibanjiri dengan mereka yang ingin beriadah. Dengan kekuatan fizikal dan mental, meskipun sedikit cabaran getir dalam menuju puncak gemilang Broga, Alhamdulillah jam 9:15 pagi, group pertama yang bersama dengan Anak-Anak Yatim STAY AlKitab sampai dikemuncak broga. Sementara itu, group kedua yang majoritinya dikalangan pelajar UNISEL yang didatangkan khas dari Bestari Jaya, sampai dikemuncak jam 10:00 pagi. Setelah penat mengambil gambar "selfie" and "wefie", kami turun semula ke kaki bukit broga.
Alhamdulillah, jam 11:30 pagi, semua para peserta yang terlibat selamat turun dari bukit Broga..Walaupun ada salah seorang peserta dah tercedera, namun rawatan kecemasan telah dilakukan. Kami semua bersarapan dan majlis bersurai jam 12:15 tghari. Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur kerana menganjurkan program seumpama ini. Moga dengan program seumpama ini dilakukan dimasa akan datang, walaupun bermatlamat untuk mengutip dana, ibrah disebalik program seperti berbakti kepada anak yatim dan mengeratkan ukuhuwah dapat diperoleh insyaAllah.
p/s: terkejut masa tunggu peserta turun, ada trak bomba dan polis datang..takut ada berlaku perkara yang tak diingini pada peserta. Alhamdulillah, tiada peserta kami terlibat dan melibatkan pendaki lain. Moga Allah permudahkan beliau
Penulis merupakan salah seorang aktivis alumni perdiqma. Beliau berkongsi celotehan program di blog PERDIQMA sebagai mempromosikan alumni perdiqma