9 Oktober 2014

Saya Sayang Anak Yatim Raya Alumni Perdiqma

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog kami..Alhamdulillah Allah masih kurniakan kehidupan dibuminya dan peluang yang diberi ini jangan pernah kita persiakan. InsyaAllah, selagi diberi peluang, selagi nafas masih menghela, selagi jantung masih berdegup, selagi nyawa dikandung badan, jawatan khalifah yang diberi oleh Allah kepada kita semua hendaklah dilaksanakan.

Baiklah, entri kali ini sebenarnya nak cerita sikit tentang program Alumni Perdiqma lepas. Mungkin agak lewat untuk entri kali ini dari tarikh program dek kerana kesibukan dunia.ishk3..Alhamdulillah, program Saya Sayang Anak Yatim (SSAY) versi Raya berjaya dilaksnakan pada 24 Ogos 2014. Program ini adalah kesinambungan dari program SSAY sebelum ini. Objektif utama program ini adalah untuk membina akhlak dalam menyantuni anak yatim di samping meraikan raya aidilfitri bersama mereka.







Seramai 35 orang urusetia yang terdiri daripada alumni perdiqma, bekas pelajar kpmb dan pelajar kpmb sendiri. Program bermula pada jam 8:30 pagi yang dimulakan dengan sesi break the ice yang dikendalikan oleh Saudara Nordin Haikal. Sementara urusetia (yang majoritinya muslimat) ini melayan karenah adik2 sana, satu team lagi (hat yang muslimin) giat dalam membina jambatan..Fuhh siap buat jambatan lagi. Ini merupakan permintaan pihak STAY kerna memandangkan jambatan untuk kebelakang STAY agak uzur dan membahayakan adik2. Dengan sedikit pengumpulan dana sebelum program, modal untuk membina jambatan ini berjaya dikumpulkan.






Ini merupakan cabaran baru buat kami kerana memang takde pengalaman pun dalam ilmu pertukangan ni. Berbekalkan tawakal serta kudrat yang ada, kami buat yang terbaik untuk membina jambatan ini. Kami juga turut dibantu oleh ustaz2 yang menjadi tenaga pengajar bersama dalam menyiapkan jambatan.

Berbalik cerita dihadapan, adik2 telah berjaya menyiapkan satu pelan negara. Fuhh, sebenarnya mereka diberi tugasan untuk membuat pelan pembangunan negara. MasyaAllah, idea mereka hebat2 belaka. Sungguhpun bilangan adik2 ini tidak ramai, ini tidak mematahkan semangat akak2 yang bersama menyertai program. Sesi seterusnya dikendalikan oleh saudara Mus'ab Khalili. Beliau sedikit sebanyak memberikan info tentang umat Islam di Palestin kepada adik2 mahupun audiens lain. Alhamdulillah, banyak input yang diperoleh hasil perkongsian beliau. Semoga kita terus berjuang, mengambil berat dan berdoa khususnya kepada umat islam di Palestin dan umumnya di serata dunia.




Habis sesi sharing tu, yang team membuat jambatan masih dalam menyiapkannya. Dan tiba - tiba datang rahmat hujan Allah sekalipun mereka komited dalam menyiapkannya. Alhamdulillah, sekitar jam 2 petang, barulah siap pembinaan jambatan tu. Sementara tu, urusetia lain dan adik2 di STAY menjamu juadah raya sebagai santapan tengah hari mereka. Program tamat sekitar jam 3 petang.

Harapan kami agar program seumpama ini diteruskan dimasa akan datang. Adik2 STAY AlKItab Beranang yang juga kami anggap sebagai adik angkat kami insyaAllah kan sentiasa kami ziarahi. Moga Allah melimpahi rahmat untuk membantu umatnya menuju redha Allah. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan yang memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan program. Moga Allah melimpahi rahmat keatasnya.InsyaAllah.







Penulis merupakan salah seorang aktivis alumni perdiqma. Beliau berkongsi celotehan program di blog PERDIQMA sebagai mempromosikan alumni perdiqma

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...