30 Julai 2010

PROGRAM HAPUSKAN AIR MATA GAZA 2010


KHAMIS, 29 JULAI 2010, KPMB. Pada malam tadi, pihak Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional MARA Beranang buat pertama kalinya telah menganjurkan Program Hapuskan Air Mata Gaza 2010.

Program ini berlangsung selepas solat fardu Isyak di Dewan Sri Gema KPMB. Program ini dimulakan dengan bacaan doa & Qunud Nazilah oleh Saudara Asyraff dan tayangan video berkenaan isu Palestin. Setelah itu, program pada malam tadi diteruskan dengan tentatif utama iaitu Ceramah berkenaan isu Palestin oleh Penceramah Jemputan Haji Noorazman Shamsudin yang merupakan ketua deligasi LifeLine4Gaza serta Presiden Biro Haluan Palestin. Ceramah yang disampaikan oleh beliau pada malam tersebut penuh dengan ibrah dan manfaat buat para tetamu yang hadir sama ada dari warga Kolej Profesional MARA Beranang & juga Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang hadir pada malam tersebut. Pada penghujung ceramah, Beliau juga sempat berkongsi video-video pengalaman beliau sepanjang berada di atas Kapal Mavi Marmara dan ketika di tawan oleh tentera Israel.

Acara kemuncak pada malam tersebut ialah mini demonstrasi oleh para peserta yang turut disertai oleh Timbalan Pengarah HEP, Ustaz Mad Zan Bin Yausuf bermula dari perkarangan Dewan Sri Gema KPMB ke Pejabat Pentadbiran. Program diteruskan dengan penyerahan sumbangan hasil kutipan dari tabung sunbangan yang telah dilancarkan sejak seminggu sebelum itu oleh warga KPMB. Penyerahan telah disempurnakan oleh Ustaz Mad Zan Bin Yausuf kepada Tuan Haji Noorazman Shamsudin mewakili Haluan Palestin untuk diserahkan kepada warga Palestin.

Setelah itu, Ustaz Mad Zan mewakili KPMB telah menyampaikan ucapan ringkas kepada semua peserta demonstrasi dan di ikuti ucapan oleh Tuan Haji Noorazman Shamsudin. Setelah tamat ucapan, para peserta demonstrasi telah membakar bendera & replika patung Perdana Menteri Israel. Majlis pada malam itu ditutup dengan bacaan doa.


(Klik more untuk melihat koleksi gambar sepanjang program. Video insyaAllah akan menyusul tidak lama lagi)



Penonton sedang mengaminkan doa & Qunud Nazilah
Peserta khusyuk mendengar ceramah yang sedang disampaikan
 
Ustaz Mad Zan turut serta dalam mini demonstrasi yang diadakan
Penyerahan kutipan kepada pihak Haluan Palestin

kn

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...