www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Mus'ab Khalili Bin Rosli
Assalammualaikum wkt. Alhamdulillah, bagi pelajar sedia ada, kita melangkah setapak lagi menuju alam dewasa dan selangkah juga perjuangan kita diteruskan di Kolej Profesional MARA Beranang ini. Semoga semester baru ini kita dapat membulatkan azam, memperbaiki tekad dan kejayaan serta menjadi seorang hamba yang benar-benar mengetahui tujuannya diciptakan oleh Allah swt di alam ini.
Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)
Kepada teman-teman baru, "Ahlan Wasahlan" saya ucapkan. Kehadiran teman-teman baru sangat kami nantikan. Semoga kita dapat menjalinkan ukhuwwah fillah dan semoga dengan perjuangan kita disini, bakal membuahkan kejayaan berkekalan hingga ke akhirat kelak. Perbetulkan niat kita hanya kerana Allah. Dan ingatlah juga setiap kali solat kita, ketika iftitah kita bersumpah pada Allah swt dengan sumpah yang besar:
" Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam" ( Al-An'aam: 162)
Lantaran melupakan sumpah itulah, ramai dari kita yang tergelincir dari tali Allah. Ramai yang menjadikan dirinya enak dan selesa bergelumang dengan maksiat. Ramai melupakan tujuan dirinya diciptakan. Ramai melupakan kewujudan Dia dalam kehidupan seharian. Seolah-olah Dia tidak wujud dan tidak melihat lagi perbuatan kita............. (Klik pada more untuk membaca artikel penuh)
Teman, saat-saat ibu dan bapa berjauhan, hanya iman dalam diri mampu menjaga diri selain mendampingi teman-teman yang konsisten dengan usaha dakwah dan Islam. Lupakan segala kesilapan lalumu. Kini dirimu ada disini. Menjadi insan yang lebih baik bermula dengan diri mu di saat ini. Pilihan ditanganmu wahai teman-temanku. Berubahlah. Baru segala sumpah mampu kita laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai seorang abdi kepada tuhannya.
Tatkala kita membaca didada-dada akhbar dan melihat sendiri kehancuran remaja seusia kita di luar sana, adalah suatu perkara yang tidak dapat kita nafikan, perkara sama sedang berlaku di sekeliling kita. Gejala penzinaan, arak, dadah dan rokok malah ada yang hampir-hampir tidak percayakan kewujudan tuhan. Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan kewujudannya. Apa yang dikatakan sebagai "Culture Shock" atau kejutan budaya hasil dari rancangan musuh-musuh Islam itu benar-benar berlaku terhadap teman-teman kita dihadapan mata. Akhlak yang dididik oleh ibubapa sejak dari kecil hilang sekelip mata apabila bersama teman-teman baru. Percayalah, ramai yang terjebak sedang mereka menyedari kesalahan mereka akhirnya mendapat pengajaran dengan cepat daripada Allah swt. Berapa ramai dari teman-teman yang tidak lagi dapat meneruskan pengajian disebabkan perbuatan dan sikap mereka? Dan Sekali lagi hanya iman kita sebagai penyelamat disamping teman-teman yang komited bersama Islam.
Lantaran itu, kembalilah kepada Allah. Sekiranya kita melupakan Allah swt, maka menjadilah diri kita makhluk yang tak berguna buat "Tuannya". Lantas menjadilah diri kita dari sebaik baik makhluk yang diciptakan bertukar kepada sehina-hina makhluk di alam ini. Nauzubillah min zalik.
Setiap mahasiswa perlu memateri azam baru.
Yang pasti semuanya inginkan sesuatu yang lebih
baik daripada apa yang telah dicapai.
Mari,
"Jangan biarkan lakaran azam itu hanya mati di atas kertas
mahupun di jiwa, sebaliknya lukiskan ia dalam pentas kehidupan.
Murnikan niat hanya kerana Allah swt dan jangan bertangguh kerja
Sesungguhnya kawalan diri tidak mampu dilakukan sendirian.
Hiduplah bersama teman-teman yang bergerak didalam jemaah .
Ayuh, mari kita bersatu, Pertahankan Aqidah Remaja Islam"
Bermula dengan diri MU!!!
“Berpegang-teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Ali Imran : 103)