www.perdiqmakpmb.blogspot .com
Editor : anisa' solehah
Editor : anisa' solehah
Hem….apalah yang nak dibuat di hujung-hujung minggu ni yea..Kerja pun dah siap. Kain dah basuh. Kalau nak outing pulus tak cukup lah pulak. Ha..idea yag paling simple dan paling senang nak buat hujung minggu ni adalah meraikan masa lapang ni dengan……
Tidur..yeah….
Ha..itulah aktiviti yang selalu dilakukan oleh pelajar asrama di hujung minggu..hehe.
Memanglah tidur adalah satu perbuatan yang dapat merehatkan dan menghilangkan kepenatan selepas belajar. Kadang-kadang ada juga orang tidur untuk melepaskan tension. Tetapi apabila tidur secara berlebihan, ia akan membawa kesan yang tidak baik kepada badan. Selain menimbulkan rasa malas, lalai, membuang masa selain akan membuatkan hati menjadi mati.
Kita dibolehkan tidur tetapi mengikut waktu yang ditetapkan. Ada masanya untuk kerja dan ada masa untuknya tidur.Tetapi apabila tidur di waktu bekerja dan berterusan di waktu tidurnya, sudah tentu ia menimbulkan perkara-perkara yang tidak baik.
Allah telah menjadikan waktu siang dan malam supaya membolehkan hambanya tidur diwaktu malam untuk berehat dan mencari rezeki di waktu siang pula. Tetapi apabila tidur di waktu siang yang sepatutnya untuk bekerja mahupun belajar, sudah tentu ia menyalahi peraturan yang Allah tetapkan.
Kalau nak tahu, tidur di waktu tengah hari adalah lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi ataupun petang. Iaitu tidur sebelum masuknya waktu zohor dan itu adalah salah satu ibadah sunat. Tidur yang menghampiri lewat senja sedikit manfaatnya, malah mengundang lebih banyak keburukan. Orang yang sedang dalam perjalanan atau perantauan dibolehkan tidur diwaktu petang dan waktu pagi sekadar bagi melepaskan penat lelah.
Menurut ahli agama pula, tidur antara waktu sembahyang subuh hingga terbitnya matahari adalah tidak digalakkan. Ini kerana pada waktu itu adalah waktu yang terdapat banyak keutamaan untuk melakukan satu kerja. Sebaik-baiknya gunakan waktu itu bagi melakukan urusan yang berfaedah.
Pada waktu pagi, boleh diibaratkan kita ini seperti bunga yang sedang mekar dan segar dan umpama segala keputusan yang perlu ditentukan pada siang hari ditentukan pada waktu itu. Oleh sebab itu,tidur diwaktu begini adalah seperti tidur orang yang terpaksa.
Waktu tidur yang paling baik dan bermanfaat adalah tidur pada setangah malam pertama dan satu per enam malam terakhir selama 8 jam. Situasi tidur begini disyorkan para doktor. Apabila kurang atau lebih waktu tidur, ia akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan.
Tidur yang tidak memberi kebaikan dan tidak digalakkan adalah tidur di waktu senja, sesudah terbenam matahari hingga menjelang solat waktu isyak. Rasulullah sendiri tidak suka orang yang tidur diwaktu begini . Tidur di waktu ini walaupun tidak di haramkan tetapi tidak digalakkan.
Terlalu banyak tidur menyebabkan jiwa menjadi mati dan hilang keperibadian. Otak menjadi beku dan sukar bagi memahami pelajaran. Pendek kata, banyak tidur menyebabkan banyak penyakit selain merosakkan hati dan badan.
Sesiapa yang mengamal keseimbangan waktu tidur , rehat dan bekerja sudah tentu dapat menikmati kebahagiaan hidup. Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada mereka yang mematuhi perintah dan arahan Nya…
“Pada hari kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”(Surah As-Syura,ayat 88-89)
Sumber : Buku bertajuk ‘Bahagiakan Hatimu’, karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.
*Artikel ini telah di ubah suai untuk kesesuaian pembaca.