............... 10 Ogos 2010, Tasik Kesuma, Beranang. Pada tarikh tersebut, Biro Dakwah & Tarbiah PERDIQMA telah bersama Biro Media & Informasi PERDIQMA telah bersinegi mengadakan "Mini rehlah" yang melibatkan kira-kira 40 peserta dari kedua-dua biro. Sepanjang program mini tersebut beberapa aktiviti riadah yang menarik telah dijalankan.
Program yang bermula kira-kira pukul 5.30 itu dimulakan dengan perjalanan dari perkarangan Surau An Nur Kolej Profesional MARA Beranang menuju ke Tasik Kesuma. Sebaik tiba, para peserta yang kebanyakannya pelajar semester 1 telah di terangkan tentang tujuan dan aktiviti yang bakal dijalankan sambil menikmati panorama yang cukup indah belatarkan bukit-bukau banjaran titiwangsa disekitar Tasik Kesuma.
Tujuan Program Mini Rehlah ini diadakan adalah untuk memberi kelainan dari segi penyampaian dakwah selain memupuk kerjasama dalam aktiviti berkumpulan dan menjalinkan uhhuwwah dikalangan ahli kedua-dua biro dengan lebih erat dan kukuh.
Program ini berakhir kira-kira jam 7.15 malam dengan perkongsian mengenai Ramadhan yang akan menjelma pada malam itu sebelum semua peserta pulang Ke Kolej Profesional MARA Beranang dengan membawa sebuah pengalaman dan kenangan yang indah terutamanya para peserta yang baru menyertai PERDIQMA.
Diharap program ini mampu memupuk sifat Atau qudwatul hasanah dikalangan peserta selain memungkinkan sebarang bentuk program atau kerjasama yang lebih baik pada masa hadapan.
12 Ogos 2010
Mini Rehlah @ Kesuma Lakes
0 Comments