5 Disember 2010

Sirah Rasulullah S.A.W : Merintis laluan cinta


Nufaisah tidak mahu beria-ia sangat.Nanti Nampak seolah-olah dia pula yang lebih. Biarlah bersahaja asalkan tercapai maksud dan tujuan. Dia Cuma perlu mendapatkan pandangan dari pemuda bernama Muhammad tentang soal perkahwinan. Itulah tugasan yang diamanahkan oleh Khadijah kepadanya yang perlu disempurnakan. 

“ Untuk waktu ini aku belum memikirkannya lagi. Lagipun belum ada kemampuan. Biarlah berkerja dulu” jawab Muhammad S.A.W jujur tika Nufaisah mengajukan soalan. “Bagaimana kalau semuanya disediakan?” Nufaisah cuba menduga. 

“Maksudnya…? Muhammad meneka. “Tuan hanya perlu bersetuju sahaja dan tuan akan dijodohkan dengan seorang wanita mulia dan sekufu dengan tuan” Balas Nufaisah mengharap. 

“Siapa?” Terserlah juga rasa terkejut Muhammad dengan kenyataan Nufaisah itu. Nufaisah tersenyum. Berasa rancangannya menjadi. Atau setidak-tidaknya pulang nanti bukan membawa hampa. Nufaisah hampir berasa lega dengan soalan Rasullullah itu. “Khadijah binti Khuwailid” Jawab Nufaisah, sekali lagi menguit rasa terkejut sang pemuda yang begitu setia mendengar. 

Muhammad berasa dirinya terlalu hina jika dibandingkan dengan sang wanita yang dimaksudkan Nufaisah. Nama itu begitu gah di kalangan wanita hartawan Mekah dan sangat dihormati. Namun Muhammad menarik nafas lalu menjawab dengan tenang “Tak mungkin terjadi macam tu..nantilah dulu”…

“Semuanya boleh diatur, asal tuan bersetuju saja”..Balas Nufaisah pula. Juga turut mengerti apa berlegar di fikiran mulia itu yang merupakan pilihan hati sahabat baiknya. “Tuan tidak rugi apa-apa jika setuju.Malah akan beroleh kemuliaan yang besar” Nufaifah menambah lagi..”Tapi aku tidak punya apa-apa. Biarlah dulu”...Muhammad merendah diri. Hidupnya yang menumpang kasih dengan bapa saudara terlalu jauh nisbah bandingan dengan Khadijah, ia umpama dua darjat yang sukar disatukan. 

Setelah Rasulullah menimbang-nimbangkan hal itu maka baginda menjawab “Kalau begitu, baiklah aku setuju”…Bagai tidak terungkap kegembiraan Nusaifah. 

Begitulah antara cebisan kisah bermulanya kisah cinta Rasulullah S.A.W yang wajar kita teladani dan jadikan panduan. Rasulullah yang begitu lembut jiwanya. Begitu rendah dirinya. Tidak seperti kita hari ini. Menerima kehadiran cinta dengan hati penuh bangga dan gelojak rasa. Tidak bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan.  Juga sering melanggar batas susila tika bercinta. Percayalah perlanggaran syariat itulah punca hilangnya berkat hidup kita kini. Sekadar renungan ringkas. Wallahua’lam..

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...