Sering  kita berbicara dalam diri tentang seluas pengetahuan yang ada dalam  hati sanubari. Sering juga kita menerka di dalam hati tentang apa yang  ada di sebalik apa yang ada di sebalik. Kerana itu kita sering  bermungkin-mungkin mentafsir antara itu dan ini, oh..antara aku dan dia,  juga antara kami dan mereka. Pastinya mungkin-mungkin itu ada fikir  negatif dan positifnya. Alangkah baiknya jika yang mungkin-mungkin itu  adalah positif belaka. Sebagaimana tabiat Rasulullah SAW, sering berbaik  sangka “husnul zan” sebagaimana catatan tinta emas yang terkandung di  dalam kitab suci kita jelas mengatakan firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Hai  orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka.  Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian  mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian  mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian  memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12).
Namun kerana kita manusia yang penuh dengan nafsu, maka kita sering bermungkin-mungkin dan bersangka-sangka. 
Situasi 1: Jika seorang guru berasa marah kerana pelajar-pelajarnya sering lewat hadir ke kelas atau sering ponteng ke kelas. Maka pastinya ia akan bermungkin-mungin dan bersangka-sangka. Maka dalam kotak fikirnya pasti lahir barisan-barisan ayat memungkinkan kenapa itu bisa berlaku. Mungkin mereka tidak suka cara ku mengajar barangkali..mungkin mereka benci padaku barangkali..atau mungkin mereka itu sebenarnya memang pemalas barangkali..atau mungkin aku tidak pandai mengambil hati mereka..atau mungkin subjek ku ini sangat membosankan..terlalu banyak mungkinnya…
Situasi 1: Jika seorang guru berasa marah kerana pelajar-pelajarnya sering lewat hadir ke kelas atau sering ponteng ke kelas. Maka pastinya ia akan bermungkin-mungin dan bersangka-sangka. Maka dalam kotak fikirnya pasti lahir barisan-barisan ayat memungkinkan kenapa itu bisa berlaku. Mungkin mereka tidak suka cara ku mengajar barangkali..mungkin mereka benci padaku barangkali..atau mungkin mereka itu sebenarnya memang pemalas barangkali..atau mungkin aku tidak pandai mengambil hati mereka..atau mungkin subjek ku ini sangat membosankan..terlalu banyak mungkinnya…
Maka itu jika ini pernah menimpa dirimu maka ingatlah pesan Rasulullah SAW tentang kemuliaan berprasangka baik. 
Sesungguhnya Allah SWT berfirman:
"Aku  menurut prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya saat ia bersama-Ku. Aku akan  mengingatnya dalam kesendirian-Ku." (Hadits Qudsi). 
Situasi 2: Jika  ada seorang rakan lama yang sangat terasa hati..apabila smsnya tidak  dibalas-balas oleh rakan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa, yang  dulu-dulunya pernah tidur sebantal, dan sering bertepuk tampar..pasti  juga ia akan bermungkin-mungkin di dalam hatinya. Apa dia sudah lupakan  aku. Apa dia sudah benci padaku.. Atau mungkin dia sedang sibuk dengan  urusannya. Atau mungkin dia sudah berubah, sudah tidak layak lagi  bersahabat denganku.. Atau mungkin dia lagi kalut dengan pelajarannya.  Atau mungkin dia sangat pening menguruskan persatuannya..Ya segalanya  mungkin..mungkin dan mungkin. 
Jika itu pernah singgah di tangkai hati kita maka ingatlah pesan  Rasulullah SAW dengan tegasnya:
“Jauhilah darimu prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. (Muttafaq ‘alaih). 
Situasi 3: Jika seorang penyelaras program sedang ‘follow up’ tugasan ahli jawatankuasanya dan didapati kertas kerja bajet masih belum dihantar sedangkan program persatuan akan berlangsung dua hari lagi. Dia juga pastinya akan bermungkin-mungkin dalam keadaan yang agak ‘panas’. Apa budak-budak ini tidak sedarkah program ini akan bermula dalam masa yang singkat ini? Apa mereka sangat sibukkah dengan kelas? Atau mungkin mereka ada tugasan yang lebih utama daripada urusan program ini? Atau mungkin mereka hanya bersikap sambil lewa, hanya mengharap pada penyelaras untuk menyelesaikan semuanya. Hingga sampai satu ketika, terasa ingin menangis kesal atas segala rasa mungkin-mungkin itu. Atau mungkin hanya cuma kali ini mereka agak lewat dalam gerak kerja, sedangkan sebelum ini mereka sangat hebat gerak kerjanya.. Segalanya mungkin.
Maka jika kita pernah terjebak dalam situasi ini maka ingatlah pesan agung baginda Rasulullah SAW, maksudnya, 
“Barang  siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia  berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”(Hadis riwayat Iman  Al-Bukhari) 
Situasi 4:  Juga, jika seorang isteri sedang menanti-nanti kepulangan suaminya di  petang hari. Masih juga tidak muncul-muncul kelibatnya sedangkan  kebiasaannya ia sudah terjengul di muka pintu pada jam-jam yang  sedemikian. Pasti juga sang isteri sedang bermungkin-mungkin. Apakah dia  terlibat dalam kemalangan jalanraya. Apa dia sedang sibuk membeli  barang keperluan rumah tanpa memberitahuku. Atau mungkin dia sedang  bersenda-senda dengan rakan sepejabatnya yang berlawanan jantina hingga  lupa balik ke rumah.. Maka sangkaan buruk itu suka hinggap di hati-hati  yang sedang gelisah. Atau mungkin kenderaannya sedang rosak di jalanan  dan dia sedang berusaha membaikinya agar dapat segera pulang ke rumah.  Ya..tapi kenapa tidak maklumkan sahaja supaya isteri di rumah tidak  gelisah. Atau mungkin bateri telefonnya sudah kehabisan. Ya begitu  banyak atau mungkinnya.
Peringatan tentang bersangka baik oleh Ustaz Kazim Elias:
 
Situasi 5: Juga  mungkin berlaku kita terkejut beruk melihat sahabat yang dihormati  kerana kewarakannya sedang lewat solat zohor di bilik asrama  hingga  begitu hampir dengan asar. Kita juga pasti bermungkin-mungkin. Mungkin  dia cuma baik di depan orang saja dengan lakonan kewarakannya. Mungkin  juga dia tertidur hingga kelewatan begini. Atau mungkin hanya kali ini  dia terlewat sedangkan hari-hari sebelumnya ia sangat taat pada waktu  solat itu.. Mungkin juga dia baru balik dari shopping raya hingga lupa  zohornya. ya..Maka itu, syaitan hinggap di hati membisik-bisikkan dengan  syahdunya  agar kita berburuk-buruk  sangka ‘suul zan’.
Situasi 6: Juga sering berlaku dalam persatuan maka ahlinya suka berbalah-balah. Berselisih pandangan hingga hilang kemesraan yang sedia ada. Puncanya hanyalah kerana mereka suka bermungkin-mungkin. Tidak mahu berbincang dengan cara terbuka. Tiada musyawarah..tiada ..hanya suka bermungkin-mungkin..Mungkin dia sangka dia lebih hebat dari aku. Atau mungkin dia itu keras kepala hingga susah mahu mengalah. Atau mungkin dia sudah ditarbiah dengan cara begitu yang tidak sealiran denganku. Atau berapa banyak kemungkinan yang menyesakkan dada dan minda. Sedarkah kita Rasulullah bersabda:
Situasi 6: Juga sering berlaku dalam persatuan maka ahlinya suka berbalah-balah. Berselisih pandangan hingga hilang kemesraan yang sedia ada. Puncanya hanyalah kerana mereka suka bermungkin-mungkin. Tidak mahu berbincang dengan cara terbuka. Tiada musyawarah..tiada ..hanya suka bermungkin-mungkin..Mungkin dia sangka dia lebih hebat dari aku. Atau mungkin dia itu keras kepala hingga susah mahu mengalah. Atau mungkin dia sudah ditarbiah dengan cara begitu yang tidak sealiran denganku. Atau berapa banyak kemungkinan yang menyesakkan dada dan minda. Sedarkah kita Rasulullah bersabda:
"Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"; 
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". 
Jika kita suka berbalah-balah harus bagaimana redha dan berkat Allah itu akan hadir dalam gerak kerja nantinya. ?
Maka  dengan itu, setiap insan perlu sentiasa mempositifkan  sangka-sangkaannya, kemungkinan-kemungkinanya, mahupun gerak rasanya.  Ingatlah pesanan junjungan kita Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya  menyatakan : 
"Ketahuilah  bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan  seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah!  Itulah yang dikatakan hati". 
Ya  itulah hati yang sering dikatakan ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.  Sesungguhnya kita sebagai insan di muka bumi ini sering dilalai-lalaikan  oleh nafsu dan syaitan yang bersembunyi di dalam diri. Benarlah  sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah SAW  yang  maksudnya: 
Tiga  perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku iaitu mengganggap sial,  hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya kepada  Rasulullah :"apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?  "Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah  kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu  membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku,  abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ;  Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais) 
Oleh itu, sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, agar hidup kita sentiasa tenang dalam pencarian menuju jalanNya. InsyaAllah..
Artikel Oleh: Riani Binti Awang*
Puan   Riani Binti Awang merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am Kolej   Profesional Mara Beranang, Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar KPMB dan  merupakan penulis jemputan di blog  PERDIQMA KPMB. Antara artikel beliau  di laman ini ialah:
 



 
 0 Comments
0 Comments





 
 
 
