Pada 25 Julai 2011 PERDIQMA telah berjaya menjalan sebuah program ceramah dan Mini Konsert Ustaz Akhil Hayy Rawa yang telah berlangsung di Dewan Besar KPMB. Program bermula tepat jam 9.00 malam. Majlis dipengerusikan oleh saudara Mohammad Asyraff Bin Aziz dan diteruskan dengan bacaan doa. Promosi yang bertungkus lumus dijalankan oleh PERDIQMA telah Berjaya mendapat sambutan dengan dihadiri seramai 270 orang. PERDIQMA mengadakan promosi disekitar pasar malam beranang, masjid-masjid terdekat, surau-surau berhampiran dan juga disekolah menengah juga sekolah rendah. Tiket yang dijual adalah berharga RM10,RM30(orang/beg istimewa),pakej pelajar RM30(2 orang/beg istimewa) dan pakej keluarga RM60(ibubapa dan seorang anak).
Pada jam 9.15, Ustaz Akhil Hayy memulakan ceramah dengan melaungkan lafaz HASBI RABBI JALLALLAH. Para hadirin terpegun mendengar kemerduan suara Ustaz Akhil Hayy. Beliau menceritakan tentang bagaimana cara untuk kita merindui Rasullallah S.A.W. Keikhlasan dihati adalah paling utama dalam menjadi insan yang merindui Rasullahllah S.A.W. Sunnah yang dilakukan oleh baginda hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Seterusnya,beliau meneruskan ceramah dengan lagu HAMBAMU dan berduet bersama saudara Nurdin Haikal salah seorang daripada pelajar KPMB. Lagu yang penuh dengan makna tersirat dinyanyikan bagi menarik perhatian para hadirin untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Setelah menyanyikan lagu tersebut, beliau mengaitkan tajuk lagu tersebut dengan mencintai Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba,kita wajib mengabdikan diri kepada-Nya. Pada waktu ini,hadirin telah diajar dengan beberapa doa antaranya doa khusyuk didalam solat. Ustaz Akhil Hayy juga menyanyikan lagu SESUNGGUHNYA bersama Mohd Ashraf Affendi dan lagu SEROJA bersama Wan Azim, mereka salah seorang pelajar di Kolej Professional MARA Beranang.
Ustaz Akhil Hayy meneruskan ceramah beliau sehingga jam 11.30 malam. Setelah selesai ceramah, beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada hadirin yang berduet diatas pentas bersama Ustaz Akhil Hayy. Pihak KPMB juga memberikan sedikit cenderahati kepada Ustaz Akhil Hayy sebagai tanda penghargaan. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan pada jam 11.50 malam. Kami berasa sangat bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar, Allhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga semua yang hadir ke majlis ini mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh di manfaatkan dalam kehidupan seharian kita. ALLAHUAKBAR!!!