Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: "Makan dan minumlah kamu dan janganlah kalian berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".
Menurut Imam Jaafar Sadiq, “Taurat diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil pada 12 Ramadhan, Kitab Zabur pada 18 Ramadhan dan Furqan (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadar!”
Ketika Imam Sadiq ditanya tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan: “Carilah ia pada malam ke 19, ke 21 atau ke 23.”
Tahukah anda pada bulan Ramadhan, Rasulullah saw kehilangan DUA orang yang dicintainya, Khadijah isterinya seorang mukminah dan Abu Thalib, bapa saudaranya seorang mukmin (klik sini).
Pada 19 Ramadhan 40 H, Saidina Ali bin Abi Thalib ditetak kepalanya angkara pedang seorang durjana, Abdur Rahman ibn Muljam, ketika beliau sedang mengimami solat subuh, dan pada 21 Ramadhannya beliau syahid.
Pada 15 Ramadhan 2 H, penghulu pemuda syurga Saidina Hasan, cucu Nabi Saw dilahirkan.
Pada 2 Ramadhan 2 H, terjadi perang Badar yang dimenangi oleh kaum muslimin atas orang-orang kafir Quraisy, Tentera muslimin pada saat itu hanya berjumlah 313 orang sementara kafirin berjumlah 1000 orang.
Pada bulan Ramadhan 8 H, Makkah jatuh ke tangan kaum muslimin.
Jadi tentu sahaja Ramadhan bukan hanya bulan makan-makan, dan shopping.
Sumber: tehranifaisal.blogspot.com
11 Ogos 2010
Ramadhan Bukan Hanya Makan-Makan
0 Comments