Bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas keberkatan dan keredhaan-Nya,pihak PERDIQMA telah mengadakan MU'TAMAR buat kali ke- 3 yang telah berlangsung pada 19 Julai 2012 bersamaan 29 syaaban 1434 bagi sesi July-Disember 2012. MU'TAMAR singkatan daripada Majlis Ukwah Tahunan dan Mesyuarat Agung PERDIQMA bertujuan pemberitahuan secara terperinci tentang PERDIQMA itu sendiri dan untuk mengeratkan silatulrahim antara ahli perdiqma bersama-sama Ajk Tertinggi dan Alumni PERDIQMA.
Antara ahli yang hadir.
Majlis ini dimulakan seawal jam 9.30 malam yang dipengerusikan oleh Saudara Nordin Haikal dan bacaan doa oleh saudara Azmil Ulya Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada presiden PERDIQMA saudara Danial Ifran serta menerangkan serba sedikit tentang PERDIQMA seterusnya memperkenalkan Ajk Tertinggi PERDIQMA kepada semua ahli yang hadir pada malam tersebut. Beliau juga telah memberikan kata-kata semangat kepada semua ahli baru. Seterusnya satu tayangan video mengenai "ramadhan is coming" yang dihasilkan sendiri oleh pimpinan PERDIQMA.
Anda ingin menyaksikan video tersebut sila view video di bawah.Semoga mendapat manfaat:
Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil Alumni iaitu saudara Aizudin dan Presiden Alumni iaitu Saudara Ikwan yang memberikan beberapa nasihat dan semangat kepada semua yang hadir pada malam tersebut.
Ucapan dari Saudara Aizudin wakil dari Alumni PERDIQMA
Barisan pimpinan PERDIQMA yang istiqamah dalam perjuangan
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua hadirin yang dapat meluangkan masa pada malam tersebut. Semoga Allah s.w.t membantu orang yang menolong agama-Nya serta mengukuhkan tapak pendirian orang yang berkenaan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Firman Allah S.W.T::
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua hadirin yang dapat meluangkan masa pada malam tersebut. Semoga Allah s.w.t membantu orang yang menolong agama-Nya serta mengukuhkan tapak pendirian orang yang berkenaan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Firman Allah S.W.T::
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Wahai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya
Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Muhammad:7).