Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan (lita’arafu) dan mengeratkan silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.
AJK PERDIQMA dan ALUMNI PERDIQMA juga tidak ketinggalan untuk menziarah ke rumah sahabat seperjuangan pada 9/9/2012 bersamaan 22 Syawal 1433 hijrah bagi menziarah keluarga sahabat-sahabat PERDIQMA serta bertanya khabar. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan ubungan silatulrahim antara semua AJK PERDIQMA serta menanamkan sikap ziarah –menziarahi terutama pada bulan Syawal ini.
Aktiviti ziarah ini dimulakan jam 8.30 pagi dimana semua AJK PERDIQMA berkumpul di surau An-NUR . Majlis dimulakan dengan bacaan Mathurat sedikit perkongsian tentang adab Menziarah yang disampaikan oleh Presiden PERDIQMA iaitu Saudara Danil Ifran. Perjalanan kami bermula jam 11.00 pagi. Kami telah menziarah ke 4 buah rumahSahabat PERDIQMA di Seremban, Negeri Sembilan.
Disini ingin dikongsikan juga antara Adab-adab Ketika menziarah
1. Tujuan berziarah haruslah disertai dengan niat yang baik, iaitu untuk mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar.
2. Tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan dan sentiasa bermanis muka.
3. Bertanya khabar dan tidak bercakap tentang perkara-perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga tidak menimbulkan rasa tidak senang pada yang dilawati.
4. Elakkan perbuatan mengumpat, bercerita tentang hal-hal yang tidak berfaedah dan tidak mengambil kira akan perasaan orang lain.
5. Jangan lupa
berkenal-kenalan (lita’arafu) dengan tuan rumah.
AJK Muslimin PERDIQMA
AJK Muslimat PERDIQMA
Di Hadapan rumah Presiden PERDIQMA, Danial Ifran
AJK PERDIQMA dan Keluarga Sofia
Amalan ziarah-menziarahi harus diteruskan biarpun bukan di dalam bulan Syawal kerana ziarah-menziarahi membawa asas perpaduan dan ukhuwah kepada umat Islam. Perpecahan terjadi kerana tidak adanya kesatuan dan persaudaraan. Kesatuan dan persaudaraan terjadi kerana tidak adanya semangat lita’arafu (saling berkenal-kenalan) dan mahabbah.
Maka amalan ziarah-menziarahi dapat memecahkan tembok yang menjadi penghalang kepada perpaduan serta memupuk perasaan prihatin pada yang memerlukan. Justeru itu, marilah sama-sama kita meneruskan amalan mulia ini kerana amalan ini pastinya membawa seribu erti kepada kedua-dua pihak ziarah, apatah lagi di dalam bulan kemenangan ini.