Assalamualaikum w.b.t
PERDIQMA DAY adalah suatu program anjuran PERDIQMA setiap tahun bagi melatih para jemaah PERDIQMA dalam membentuk seorang yang berjiwa muslim bertaqwa. Hamdalillah, sekali lagi tahun 2012 PERDIQMA dapat menjalankan pelbagai aktiiti dalam program ini.
22 september 2012 bermulanya perjalanan program ini dari jam 6 petang. Para peserta mendaftar dihadapan surau dan mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan. 4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat. Perjalanan menuju redha Allah ini diteruskan dengan solat maghrib dan sedikit tazkirah disampaikan oleh saudara Muaz AAG. Perjalanan ini juga diteruskan dengan aktiviti yang diberi nama "Journey of Taqwa"(JOT). Permainan ini tidak kurang sama seperti explorace tetapi penekanan lebih kepada unsur islam. Permainan ini bertemakan "Sabar sebahagian dari iman". Permainan berlangsung dari jam 9 malam hingga 2 pagi. Alhamdulillah, selesai program dengan selamat.
Keesokan harinya,peserta dikejutkan pada jam 5.30 pagi untuk solat subuh. seterusnya tazkirah subuh dan sedikit bacaan ma'thurat yang diketuai saudara Danial Ifran. Program diteruskan pada jam 8 pagi dengan aktiviti rehlah di Bandar Tasik Kesuma berhadapan KPM Beranang. Program tamat pada jam 11.30 pagi. Seterusnya,peserta diberi tugasan untuk membuat persembahan dimalam hari. Malam Ukuwah berlangsung pada jam 9.00 malam sesudah solat isyak. Malam yang menggambarkan kemenangan peserta diraikan secara ilmiah dengan persembahan yang sangat menarik. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penganjur dan semua penasihat PERDIQMA kerana banyak memberi sokongan dalam menjayakan program kali ini. Doakan agar kami dapat menjayakan program-program yang lain dengan lancar. InsyaAllah