9 Julai 2013

Jutawan Segera


Assalamualaikum para pembaca setia blog kami. Kami doakan agar anda sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah. Alhamdulillah, setelah lama bercuti, akhirnya lembaran baru untuk semester bermula. Kelas akan bermula pada minggu ini bersama dengan semangat yang baru untuk mencapai kejayaan. Tidak lupa pula kepada pelajar baru yang baru berdaftar, kami mengucapkan ahlan wa sahlan kepada anda. Cabaran untuk mendapat segulung diploma baru sahaja bermula.

Ok baik, kita tinggalkan sekejap cerita tentang student, pasal saya ada cerita menarik nak disampaikan pada sahabat - sahabat semua. Nak dengar tak? Eh, mana boleh dengar, kena baca la..hihi...(^_^). Ok nak habaq kat hangpa semua ada kerja kosong ni. (speaking utara pulak).Eh kerja kosong?, menarik ni. Tak pernah pulak blog Perdiqma ni ada promote jawatan kosong. Bukan kena cari kat Jobstreet ke? Ha, bukan senang kitorang nak promote kerja kosong ni. Lagipun diorang da nak amik orang da ni. Eh, baguslah tu, saya pun memang tengah cari kerja ni. Ceritalah pada kami semua.



Syarikat tu memang milik Islam. Kerja yang dibagi taklah susah mana. Kerja dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Lepas tu yang paling bagus ialah gaji + elaun yang dia bagi. Gaji yang diberi basic cuma 24434 tapi side elaun yang banyak. Elaun akan digandakan sehingga 60 kali ganda. Makin banyak korang kerja, makin berganda elaun tu. Siap boleh buat overtime lagi untuk sebelah malam. Wow!!..lumayannya kerja kat situ, biar betul?? La, tak kan bohong pulak. Macam tak percaya. Bole jadi jutawan den (speaking nogori pulak).

Lagi satu syarikat ni ada gak bagi bonus. Bonus yang diberi tu sampai 1000 bulan. Fuh, banyak tuuu. Erm, siapa yang taknak kalau diberi sampai begitu. Tapi tawaran ni cuma sebulan je tempohnya. Lepas tu kena tunggulah sampai tahun depan, itupun kalau diberi kesempatan lagi. Kalau tak berebut, memang rugi la. Eh, tawaran yang lumayan tu, tak kan lah takde orang yang berminat kot. Errmm, jangan tak percaya, ada je orang yang tidak endah dengan tawaran yang lumayan ni. Cuma orang yang bijak je yang ambil peluang tentang tawaran ni. Wah, bagus sangat tu, syarikat apa tu? Syarikat Ramadhan Al-Mubarak. =)



Apa lagi sahabat sekalian, anda semua akan memasuki syarikat tu nanti. Cuma ganjaran yang diberi berdasarkan corak kerja dan usaha yang dilakukan. Jangan lepaskan peluang, anda tidak perlu apply sebaliknya anda semua automatic layak asalkan anda Islam, baligh, berakal dan mampu sudah cukup untuk merebut ganjaran yang lumayan. Jangan tangguh lagi, nanti rugi.

Pintu Ramadhan telah pun dibuka kepada semua umat Islam. Jangan pernah rugikan tawaran Allah yang sebaik ini. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Perdiqma.

 

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...