20 Oktober 2013

SYRIA & PALESTIN WEEK 2013


ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Kezaliman yang bermaharajalela


Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara


Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart - Bebas Palestin




MINGGU PALESTIN & SYRIA  (MAPS)
Bicara dimulai dengan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam muhibbah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah dan kurnia-Nya kami, pihak PERDIQMA telahpun berjaya melaksanakan Minggu Palestin & Syria ( MAPS ) di Kolej Profesional MARA Beranang yang telah dijalankan selama seminggu bermula 30 September hingga 4 Oktober. Selama seminggu program dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bermula hari Isnin. 

Antara programnya ialah telah diadakan ceramah yang disampaikan oleh wakil dari Syria Care. Perkongsian tentang isu semasa Syria dan Mesir telah dikupas, bagaimana Syria boleh bergolak dan cara kita untuk membantu saudara-saudara di luar sana. Subhanallah perkongsian yang begitu membuka hati dan minda pelajar kerana telah ditayangkan video tentang keadaan yang berlaku di Syria. Pada keesokkan harinya, telah dijalankan Flash Mob Perdana secara mengejut di café KPMB pada pukul 9.00 malam. Flash mob bermula dengan bunyi bom yang dipasang dari bilik siaraya dan didengarI oleh seluruh warga KPM. Peserta mula turun ke Kafeteria KPMB dengan laungan selawat puji-pujian. 

Setelah semua peserta berada dalam kedaan ‘freeze’, bacaan puisi telah dideklamasikan dengan begitu lantang bertajukkan “Darah Syria”  yang cukup menusuk jiwa oleh salah seorang peserta. Setelah itu, tayangan doa Qunut Nazilah dipaparkan dan beramai-ramai menyanyikan lagu Bebas Palestin. Program diakhiri dengan doa dari ahli Biro ProgramHari seterusnya, terdapat jualan baju, mafla, buku, button, key chain dan pelbagai lagi barangan yang berkaitan dengan Syria dan Palestin di hadapan surau dan café kolej. Barangan jualan diperoleh dari pihak Aqsa Syarif.

Pada hari terakhir Minggu Palestin & Syria, satu ceramah telah diadakan di LT2 dan disampaikan oleh penceramah  jemputan yang dijemput khas dari wakil Aqsa Syarif iaitu Ustaz Norazmi. Perkongsian tentang punca Palestin bergolak telah dikupas, gambar-gambar tentang keadaan di sana juga telah ditayangkanjuga cara-cara untuk kita membantu mereka di sana. Setelah, itu penyerahan sumbangan untuk Palestin dari pelajar KPMB dan orang luar sebanyak RM 230 telah diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif. Dengan itu, tamatlah sudah Minggu Palestin & Syria 2013 oleh PERDIQMA.

Walaupun MAPS telah berakhir,  diharap agar semua hamba Allah terus berjuang menegak agama Allah ini dan berterusan membantu saudara-saudara kita diluar sana walau dalam apa bentuk bantuan sekalipun. Semoga segala yang telah dijalankan diredhai Allah dan semua pihak mendapat manafaat darinya. InsyaAllah. 




Majulah Islam untuk. Negara. 


LETS SAVE SYRIA & PALESTIN !

*lagi gambar program akan menyusul InsyaAllah.


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...