Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, seperti biasa setiap minggu kami akan mengadakan Ijtima' Jumaat khas untuk kaum muslimat sahaja. Namun, sedikit kelainan telah dilakukan sempena Ijtima' Jumaat pada kali ini iaitu pada 5 Oktober lalu kami telah menjemput seorang penceramah yang tidak kurang hebatnya memberikan sedikit perkongsian khas untuk muslimat KPMB iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang terkenal dengan penulisan Novel. Pengisian yang sangat menarik diberikan agar kaum muslimat di KPM Beranang menjadi insan yang dikehendaki Allah dan Rasulullah SAW. Tajuk yang diberikan kali ini sangatlah menarik iaitu "Ikhtilat, Cinta dan Remaja". Tajuk ini dipilih bersesuaian dengan persekitaran dan jiwa remaja muslimat KPMB yang semakin meningkat matang.
Dengan penuh kelembutan dan berhikmah, ustazah Fatimah Syarha sedaya upaya untk menarik jiwa-jiwa muslimat untuk sedar akan permasalahan jiwa remaja pada masa kini. Dengan bantuan slide dan video yang mempunyai mesej tersendiri merangsang minda muslimat untuk berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan.
Ustazah Fatimah Syarha membuka hujah dengan persoalan "Cinta? Apakah itu?" menarik audien untuk berfikir sejenak. Kita haruslah berpandangan holistik (pandangan lebih luas) terhadap cinta kerana cinta itu banyak makna.
Sebelum menjalinkan sesuatu hubungan,kita perlulah persiapkan diri dengan permantapan agama (ilmu) dan mental sebelum menuju bahtera perkahwinan. Ini perlu dilakukan bagi memastikan ilmu digunakan sebaiknya agar terhindar dari sebarang fitnah dan zina.
Pelajar juga perlu bermujahadah (bersusah-susah dulu, dengan melawan nafsu) sebelum sampai waktunya nanti seperti contoh, berpuasa dengan mendapat nikmat setelah berbuka puasa .
Janganlah sesekali mendekati zina seperti yang dinyatakan Al-quran “Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32] . Tidak kira sama ada mata,mulut,perlakuan,sms dan sebagainya. Yang mampu meningkatkan nafsu syahwat.
Bernikah seorang wanita sahaja adalah lebih baik daripada ramai : Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.(AnNisa: 3)
* lebih meringankan, menenangkan , lebih mudah menjalankan tanggungjawab dengan baik.
InsyaAllah,sedikit sebanyak ilmu dapat sama-sama kita pelajari dan mengambil pengajaran agar kita tergolong dalam kalangan orang diredhai dan diberkati Allah selalu.
untuk mengenali lebih dekat siapakah Ustazah Fatimah Syarha bolehlah melihat blog beliau iaitu http://sebarkanbahagia.blogspot.com/. anda juga boleh mendapatkan buku-buka karangan beliau melalui blog beliau. semoga bermanafaat untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan.InsyaAllah.