14 Julai 2014

P.A.U.R @ T.A.R 1.0 Alumni Perdiqma




Dalam penghayatan tarbiah Ramadhan, tersedia seribu satu amalan yang boleh menambahkan pahala ini. Manakan tidak, setiap amalan wajib mahupun sunat, segalanya digandakan disisi Allah. Begitu pemurahnya Allah terhadap hambanya. Dan seharusnya kita sebagai hamba mengambil kesempatan 30 hari Ramadhan dengan merebut segala masa yang ada agar kita tidak merasa rugi dalam mengecapi hasil tuaian pahala. 

“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR Tirmizi)


Alumni Perdiqma atas dasar itu, telah menganjurkan Projek Amal Untuk Ramadhan 1.0 yang bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Alhamdulillah, program pada 12 Julai 2014/14 Ramadhan 1435H itu telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran 20 orang peserta yang rata-rata adalah bekas pimpinan PERDIQMA dan juga pelajar KPMB.

Bermula pada pertengahan Sya'aban, kutipan dana untuk menampung perbelanjaan program ini bermula. Dengan matlamat nilai dana terkumpul RM1000 untuk 1000 kit iftar, tabungan dana dipromosi dan perlahan-lahan meningkat. Dengan izin Allah, dana telah mencapai target program seawal 5 Ramadhan. Ia menunjukkan tanda positif pada program dan seterusnya meningkatkan semangat untuk melaksanakan program.


Pembukusan dilakukan sehari sebelum program dilaksanakan. Dengan bantuan beberapa aktivis alumni, mereka bersengkang mata semata-mata agar semua bungkusan dapat disiapkan dan program dapat dilaksanakan. Terima kasih juga kepada penaja lokasi pembukusan kami, di salah sebuah rumah aktivis alumni, Saudagar Mus'ab Khalili. (baik hati sebab menaja menu berbuka serta sahur kami, moga Allah melimpahkan rezeki kepada keluarganya)

Jam 4 petang, kami mula berkumpul di Masjid Jamek. Sambil menghilangkan rasa penat, kami beriktikaf sebentar sementara menunggu azan berkumandang untuk solat asar berjemaah. Selesai solat asar, kami mula berkumpul di perkarangan masjid dan taklimat telah diberikan oleh Project Manager, Saudara Nurdin Haikal. Sedikit kata-kata semangat disuntik bagi menaikkan semangat para peserta pada petang itu kerna majoriti adalah dari muslimat.(kesian kami yang muslimin).




Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi melancarkan perjalanan program. Dengan ditemani oleh cahaya mentari langit petang, agak panas tapi ia tidak mematahkan semangat kami. Sekitar Jalan Tun Perak, Jalan Masjid India, Stesen Masjid Jamek kami terjah. Tidak mengira siapa, mahupun bangsa kami agihkan kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya agar tidak terlepas untuk berbuka puasa. Alhamdulillah sebanyak 1070 kit Ramadhan telah berjaya diagihkan.

Setelah penat selesai agihan sekitar 6:37 petang, kami berkumpul semula di Masjid Jamek, sambil diberi taklimat terakhir, berselfie (sumpah bukan lelaki yang buat) dan mengambil gambar kenangan program. Program tamat sekitar 7:17 petang. Terima kasih kepada para penyumbang, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Moga Allah berikan ganjaran yang setimpal dan dikira sebagai ibadat. Jumpa lagi P.A.U.R 2.0 insyaAllah..

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan.” [Riwayat Ibnu Abi Dunya]



Penulis merupakan salah seorang aktivis alumni perdiqma. Beliau berkongsi celotehan program di blog PERDIQMA sebagai mempromosikan alumni perdiqma

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...