31 Mac 2010

AKTIVITI AJURAN PELAJAR DIA, KERJASAMA BERSAMA PERDIQMA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : Nor 'Aisah Abd Hamid

   Tajuk Ceramah : CABARAN UMAT ISLAM MASA KINI
   Pada malam Selasa, 30 Mac 2010, satu ceramah telah diadakan di surau An-Nur. Ceramah itu telah diadakan dengan kerjasama diantara pelajar Diploma In Accountancy (DIA) semester dua dengan persatuan Perdiqma. Perdiqma telah dipelawa untuk bekerjasama dengan pelajar DIA untuk menjayakan program tersebut dan kami amat menghargainya. 


     Ceramah yang bermula pada pukul 9 ini telah menjemput Dr Azmi Bin Mohd Shah dari Astac Training and Concultancy. Ceramah yang betajuk ‘ Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini’ itu telah disampaikan dengan penuh bersemangat oleh beliau. Dengan gaya penyampaian yang santai dan ‘relax’ telah membuatkan para pelajar tidak bosan mendengar hujah-hujah beliau. Selain itu, Dr. Azmi juga ada menayangkan beberapa video yang berkaitan dengan tajuk yang diberi dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang umat islam kini semakin jauh dari jalan yang lurus.

     Antara perkara yang disentuh oleh beliau  adalah tentang masalah-masalah sosial yang dihadapi  remaja pada masa kini. Ia  juga  merupakan salah satu cabaran yang perlu diatasi oleh kita sebagai umat islam. Di bawah adalah sedikit perkongsian tentang ceramah yang diberi oleh Dr. Mohd Azmi :

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Allah menjadikan hidup dan mati manusia itu bertujuan un tuk menguji siapa yang diantara kamu lebih baik amalannya.”    (surah Al-Mulk ayat 67)

     Antara faktor dalaman yang menjadi cabaran kepada umat Islam ialah :
•    Duniawi : Semua amalan dunia yang menyeronokkan dan melalaikan seperti karnival Jom Heboh, konsert-kosert, filem-filem dan berbagai lagi.
•    Kejahilan umat : Kurang pengetahuan tentang agama islam meskipun amalan wajib.
•    Hawa nafsu : contohnya seperti masalah sosial seperti zina dan kes buang anak.
•    Akidah yang umat Islam yang semakin rapuh : banyaknya umat islam yang telah terpesong.
•    Kurangnya kasih sayang antara sesama sendiri : manusia zaman sekarang yang sering mengamalkan sifat untuk tidak menjaga tepi kain orang lain.
•    Pemikiran yang terlalu bebas : hilangnya tatatertib sebagai seorang islam
•    Kelemahan dalam amal : meskipun tahu tentang amalan tersebut namun manusia tidak  mahu mengamalkannya.
•    Kurangnya ilmu pengetahuan : tidak kiralah sama ada pengetahuan tentang islam,agama lain, tentang isu semasa,mahupun pengetahuan tentang musuh islam sendiri.

*Sesungguhnya amalan yang dianjurkan islam itu adalah bersifat melawan nafsu.

Antara  faktor luaran pula ialah :
•    Tiadanya kesatuan sesama umat isalm.
•    Kebecian orang munafik
•    Faktor keluarga dan persekitaran.
•    Banyaknya belaku kesyirikan
•    Ancaman dari musuh terhadap agama islam

*seperti di dalam surah al-Baqarah ayat 12 yang menerangkan bahawa orang yahudi dan nasrani akan cuba melakukan apa sahaja hingga orang muslim mengikut cara hidup mereka dan semua itu telah pun berlaku pada masa sekarang ini dan Dr. Azmi memberi contoh “hanya dengan meletakkan sebiji bola di tengah padang boleh menyebabkan seramai lebih kurang 70000 orang meninggalkan solat”, percaya atau tidak nilailah sendiri..

    Jadi kita mestilah peka tentang  isu-isu semasa demi menyelamatkan dan mengembangkan agama islam yang syumul ini. Marilah kita bersama-sama menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kita kepada kemurkaan  Allah S.W.T.

    Majlis yang berakhir pada pukul 10 malam itu telah berjalan dengan lancar. Selepas tamat ceramah, Dr. Azmi membuka ruang untuk pelajar bertanyakan soalan. 

    Semoga kerjasama seperti ini dapat diadakan lagi disamping dapat merapatkan silaturahim antara pelajar dengan persatuan Perdiqma. Jika ada sebarang permintaan untuk mengadakan kerjasama  seperti ini lagi, InsyaAllah persatuan Perdiqma akan memberi komitmen yang baik dan kami amat mengalu-alukannya.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...