Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

21 Julai 2010

SWEET DREAM

www.perdiqmakpmb.blogspot .com
Editor : anisa' solehah

    Hem….apalah yang nak dibuat di hujung-hujung minggu ni yea..Kerja pun dah siap. Kain dah basuh. Kalau nak outing pulus tak cukup lah pulak. Ha..idea yag paling simple dan paling senang nak buat hujung minggu ni adalah meraikan masa lapang ni dengan……


TENTATIF MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010: "BERSAMA BERKORBAN DEMI PALESTIN TERCINTA"



PROGRAM: WAKTU:

  1. Doa Buka Majlis................................9.00 malam
  2. Tayangan Montaj/video ..................9. 05 malam
  3. Ceramah..............................................9.10 malam
  4. Demonstrasi......................................11.10 malam
  5. Penyerahan sumbangan................11.20 malam
  6. Ucapan ringkas................................11.30 malam
  7. Bakar bendera/produk Israel........11.35 malam
  8. Doa Penutup.....................................11.40 malam

MAKLUMAT:
  • Booth pihak Haluan Palestin akan dibuka
  • Booth pihak PSN akan dibuka
  • Bawa bersama banner/bendera sebagai tanda sokongan anda!
  • Semua persatuan/organisasi KPMB & KKTM dijemput hadir.

MARI KITA SERTAI BERAMAI-RAMAI SEBAGAI TANDA SOKONGAN TERHADAP SAUDARA-SAUDARA KITA DI PALESTIN!!!



20 Julai 2010

MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010: "BERSAMA BERKORBAN DEMI PALESTIN TERCINTA"

MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010:
"BERSAMA BERKORBAN DEMI PALESTIN TERCINTA"


Bersama Haji Noorazman Shamsudin
(Sukarelawan LifeLine4Gaza)





Tarikh: 28 JULAI 2010
Waktu : 9.00 - 11.00 Malam
Lokasi: Dewan Sri Gema KPMB.

Program:
Anjuran: Biro Dakwah & Tarbiah PERDIQMA
http://perdiqmakpmb.blogspot.com/



PELANCARAN TABUNG HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010


20 JULAI 2010-KPMB. Pada jam 7.30 pagi ini, Biro Dakwah & Tarbiah PERDIQMA telah melancarkan tabung Hapuskan Air Mata Gaza yang bertempat di perkarangan Cafe Kolej Profesional Mara Beranang.

Pelancaran Tabung Hapuskan Air Mata Gaza ini adalah bersempena dengan program MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010: "BERSAMA BERKORBAN DEMI PALESTIN TERCINTA" pada 28 Julai ini.



Program MALAM HAPUSKAN AIRMATA GAZA 2010: "BERSAMA BERKORBAN DEMI PALESTIN TERCINTA" akan disampaikan oleh Haji Noorazman Shamsudin (Sukarelawan LifeLine4Gaza). Program tersebut akan berlangsung jam 9.00-11.030 malam bertempat di Dewan Sri Gema KPMB. Semua sumbangan & hasil kutipan derma akan diserahkan kepada Ketua Biro Haluan Palestin (Haji Noorazman Shamsudin) untuk disampaikan kepada saudara kita di Palestin.

Tabung Hapuskan Air Mata Gaza ini akan diletakkan cafe setiap hari bermula jam 7.30 pagi- 10.00 malam sehingga jam 6.00 petang 28 Julai 2010.




Gambar: Penyerahan borang sumbangan kepada pihak peniaga cafe KPMB


12 Julai 2010

Ucapan MPP Exco Kerohanian & Pembangunan Insan


MOHAMAD ASYRAFF BIN AZIZ*
 
Assalammualaikum wkt.

Saya berdiri mewakili MPP Exco Kerohanian Dan Pembangunan Insan serta saf kepimpinan Unit Taqmir PERDIQMA ingin mengalu-ngalukan kehadiran seluruh para siswa & siswi, baik yang baru mahupun yang lama ke KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG ini dengan ucapan:

"Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum"

serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dimasukkan kehadiran ini sebagai satu perhitungan ribat fi sabilillah. Marilah kita terus menerus melangsungkan tugas memikul amanah ibubapa,saudara mara & ALLAH SWT, sebagai satu mata rantai yang menghubung perjuangan Islam sejak zaman berzaman.




MOHAMAD ASYRAFF BIN AZIZ.
Exco Kerohanian &  Pembangunan Insan
Majlis Perwakilan Pelajar &  Ketua Unit Taqmir
Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional Mara Beranang.


11 Julai 2010

Peristiwa Israk Mikraj

Penulis: Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*

PENGENALAN

Peristiwa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. (Klik more untuk baca artikel penuh)


10 Julai 2010

Iklan Program: Konsert Mahabbah Gaza

Stadium Malawati
10 Julai 2010
8:30 Malam

MASUK PERCUMA

Persembahan oleh:
 Raihan - Rabbani - InTeam - Saujana - NowSeeHeart - Ummul Qura


4 Julai 2010

Selamat kembali ke KPMB!!!

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Mus'ab Khalili Bin Rosli

Assalammualaikum wkt. Alhamdulillah, bagi pelajar sedia ada, kita melangkah setapak lagi menuju alam dewasa dan selangkah juga perjuangan kita diteruskan di Kolej Profesional MARA Beranang ini. Semoga semester baru ini kita dapat membulatkan azam, memperbaiki tekad dan kejayaan serta  menjadi seorang hamba yang benar-benar mengetahui tujuannya diciptakan oleh Allah swt di alam ini.

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

Kepada teman-teman baru, "Ahlan Wasahlan" saya ucapkan. Kehadiran teman-teman baru sangat kami nantikan. Semoga kita dapat menjalinkan ukhuwwah fillah dan semoga dengan perjuangan kita disini, bakal membuahkan kejayaan berkekalan hingga ke akhirat kelak. Perbetulkan niat kita hanya kerana Allah. Dan ingatlah juga setiap kali solat kita, ketika iftitah kita bersumpah pada Allah swt dengan sumpah yang besar:

" Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam" ( Al-An'aam: 162)

Lantaran melupakan sumpah itulah, ramai dari kita yang tergelincir dari tali Allah. Ramai yang menjadikan dirinya enak dan selesa bergelumang dengan maksiat. Ramai melupakan tujuan dirinya diciptakan. Ramai melupakan kewujudan Dia dalam kehidupan seharian. Seolah-olah Dia tidak wujud dan tidak melihat lagi perbuatan kita............. (Klik pada more untuk membaca artikel penuh)



2 Julai 2010

IKLAN : KOPITIAM GHADIR

(Program sesuai untuk para pelajar KPMB dipenghujung cuti semester)

Seperti yang pernah saya sebutkan lama dahulu, Kopitiam Ghadir adalah sebuah teater wacana. Kalau mahu namakan ia ‘teater Persuratan Baru’ pun boleh juga kerana pementasan ini berminat untuk menghantar ilmu dahulu, estetika adalah perkara kedua; tetapi Insya-Allah tuan-tuan akan tetap berasa terhibur secara berhemat. Saya telah menyatakan, Kopitiam Ghadir terilham oleh serangan Zionis terhadap Gaza pada awal tahun 2009. Ia membuatkan saya mencari-cari, mengapakah kita umat Islam tidak ada maula, atau ketua, atau seorang imam yang dapat menjaga dan memberi kita pedoman? Soalan ini membuatkan saya membongkar kembali fail-fail lama dan menemui kajian ilmiah Dr Engku Ibrahim Ismail, pensyarah Jabatan Pengajian Islam UM yang bertajuk ‘Kesahihan dan Kemutawatiran Hadith al-Ghadir.’ (Klik pada more untuk baca iklan penuh)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...