14 Disember 2010

Gamis: Kesal Dengan 4 Dalam 1


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalannya, kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong? 

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen. 

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Nota: Pada 10 Disember yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) telah berkumpul di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri berkenaan kenaikan 4 dalam 1 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Memorandum tersebut telah diserahkan kepada wakil  JPM, Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Dalam usaha itu yang disertai kira-kira 100 peserta, tiga mahasiswa ditahan polis selepas berjaya menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang kepada wakil Perdana Menteri, Encik Moin. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah dibebaskan jam 6.15 petang ini dengan jaminan mulut sehingga 23 Disember sekiranya ada perbicaraan.

Mereka yang ditahan selama hampir 4 jam itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, Pengerusi Majlis Politik Nasional (GAMIS), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Sumber artikel: http://mygamis.blogspot.com

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...