PERDIQMA: Kategori  Buku Pilihan PERDIQMA adalah ruangan baru di dalam Blog ini  bertujuan berkongsi bersama pengunjung buku-buku pilihan yang mempunyai  ibrah dan sesuai untuk pembacaan warga KPMB serta remaja Islam.
Pembaca yang memiliki koleksi bacaan berbentuk Novel, Travelog, Dukumentari, Koleksi Cerpen dan lain-lain buku yang mempunyai ibrah (pengajaran) dan mempunyai unsur pencerahan jiwa amat digalakkan untuk menghantar sinopsis atau komen/huraian anda berkenaan buku yang anda telah baca. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Hantarkan ke: kpmbperdiqma@gmail.com atau hantarkan ke note PERDIQMA Fan Page, klik "sini"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang memiliki koleksi bacaan berbentuk Novel, Travelog, Dukumentari, Koleksi Cerpen dan lain-lain buku yang mempunyai ibrah (pengajaran) dan mempunyai unsur pencerahan jiwa amat digalakkan untuk menghantar sinopsis atau komen/huraian anda berkenaan buku yang anda telah baca. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Hantarkan ke: kpmbperdiqma@gmail.com atau hantarkan ke note PERDIQMA Fan Page, klik "sini"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Bulan Ramadhan yang  penuh keberkatan itu telah jauh meninggalkan kita.Berganti bulan yang  baru, Syawal penuh keraian.Tiada salahnya kita sama-sama  renungkan,a dakah kita  semua sudah berjaya memenuhinya dengan pelbagai  amalan serta pengisian  yang berguna bagi menambahkan iman dan takwa  dari hari ke hari. Ingin juga saya kongsikan bersama sahabat-sahabat   mengenai  sebuah novel hasil karya Hlovate terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd  pada Mei  2011. Mungkin ada yang berfikir, mengapa sebuah novel  diketengahkan berbanding sumber rujukan lain sebagai panduan dan  pengajaran.Mungkin ada yang terkejut atau tidak memahami mesej yang  ingin  disampaikan oleh pengarang pada awalnya. Namun, percayalah setiap  bait  tulisan yang disampaikan mengandungi manfaat serta peringatan  buat diri  kita bersama,menjadi lebih baik dari semalam.
Bulan Ramadhan yang  penuh keberkatan itu telah jauh meninggalkan kita.Berganti bulan yang  baru, Syawal penuh keraian.Tiada salahnya kita sama-sama  renungkan,a dakah kita  semua sudah berjaya memenuhinya dengan pelbagai  amalan serta pengisian  yang berguna bagi menambahkan iman dan takwa  dari hari ke hari. Ingin juga saya kongsikan bersama sahabat-sahabat   mengenai  sebuah novel hasil karya Hlovate terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd  pada Mei  2011. Mungkin ada yang berfikir, mengapa sebuah novel  diketengahkan berbanding sumber rujukan lain sebagai panduan dan  pengajaran.Mungkin ada yang terkejut atau tidak memahami mesej yang  ingin  disampaikan oleh pengarang pada awalnya. Namun, percayalah setiap  bait  tulisan yang disampaikan mengandungi manfaat serta peringatan  buat diri  kita bersama,menjadi lebih baik dari semalam.Novel ini terbahagi kepada  dua bahagian:
- I – Fend
- II – K² ( Ksquare)
Contengan   Jalanan memberi sedikit kelainan kepada pembaca dari segi pemahaman   serta pengajaran yang disampaikan.Berkisarkan tentang Fend yang mahu   mencari erti hidup, mencari ‘Affendy’ dan cerita kembara seorang K²   melihat dunia dari sudut berbeza. Disebalik pencarian itu, Fend dan   sepupunya Chad turut mengenali erti sebuah Ramadhan yang pasti dirindui   di bumi asing Sydney, Australia.
I – Fend
Namanya   Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir   masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya   berpaksikan lensa dan warna serta muzik! Dia gitaris merangkap vokalis   Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu   namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat   daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini   hilang makna.
"The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th"
( I – Fend: 126 )
Kata-kata   ini dipetik dari sebuah video bertajuk "The 11th Hour" yang dihasilkan   oleh Sami Haque bersama sahabatnya Hasan Shaikh. Video ini telah  memberi  kesan yang mendalam serta mendapat sambutan hebat dalam  komuniti mereka.  Contengan Jalanan mencoret pengalaman Fend sepanjang  dia cuba menyusun  semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di  celah-celah sesak  kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari  Kuala Lumpur ke  Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah  benua dari  Malaysia ke Australia kerana mahu mencari erti hidup yang  sebenar.  Kerana mahu mencari ‘Affendy’. Perjalanan di bumi Australia  bersama  sepupunya Chad (Arsyad) secara 'backpacking' membuka mata Fend  dari  prinsipnya yang dahulu. Bagaimana Ramadhan yang seharusnya  dipenuhi.  Juga betapa kita lupa cara yang sebenar untuk kita hayatinya.
"Roh   Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya.Erti Ramadhan sebenar tu,   baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa   Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya."
  "Ramadhan tu bukannya diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang   pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan   diertikan dengan berbuka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan   rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah   jadi definisi Ramadhan kat Malaysia." (Akmal)
( I – Fend: 161-162 )
II – K²
Namanya   Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman   Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi   hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu   mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah   selepas kematian seorang teman iaitu Chad.Tambah  dikusutkan dengan  perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis  pertengahan usia.  Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend yang  merindui suasana di  sana dirasakan hanya sebuah percutian. Tiada erti  yang diperoleh. Tiada  hati yang tersentuh. Tiada perubahan yang  dilakukan.
"Hati kau bukan aku yang pegang." (Fend)
( I – Fend: 160)
Kembaranya   ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata   untuk melihat dunia dari sudut berbeza. Dia memahaminya. Memahami   mengapa Fend berubah, dan apa yang perlu dalam hidup seorang insan   bergelar hamba pada yang Esa.Sedarilah bahawa hidayah itu perlu dicari.  Bukan dinanti tanpa sebarang tindakan dan perubahan. Bukan semua  hambaNya berjaya memperolehinya dengan mudah, kadang-kala perlu melalui  pelbagai keadaan dan halangan. Bersyukurlah sekiranya kita, insan  terpilih untuk menerima hidayah daripadaNya.
 "Dialah  yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang  (al-Quran)  supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan  sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang  terhadapmu." (Al-Hadiid : 9)
Tajuk Novel       : Contengan Jalanan
Terbitan            : Jemari Seni Sdn. Bhd.
ISBN                 : 978-967-5118-53-1
Harga               : RM21.00 (Sem. M'sia)
                        : RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Ditulis oleh: Aimi Rahman*
Aimi Rahman pernah menjadi blogger di Blog PERDIQMA KPMB Sesi Januari-Jun 2011. Penulisan ini juga diambil dan disiarkan dengan kebenaran dari facebook beliau di "sini".
Pembaca yang memiliki koleksi bacaan berbentuk Novel, Travelog, Dukumentari, Koleksi Cerpen dan lain-lain buku yang mempunyai ibrah (pengajaran) dan mempunyai unsur pencerahan jiwa amat digalakkan untuk menghantar sinopsis atau komen/huraian anda berkenaan buku yang anda telah baca. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Hantarkan ke: kpmbperdiqma@gmail.com @ hantar ke note PERDIQMA Fan Page, klik "sini"
 
 
 1 Comments
1 Comments
 
 





 
 
 
