29 September 2011

MU'TAMAR KE 2




Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas keberkatan dan keredhaan-Nya,pihak PERDIQMA telah berjaya mengadakan MU'TAMAR buat kali ke 2 yang telah berlangsung pada 29 September 2011 persamaan dengan 1 Zulkaedah 1432. MU'TAMAR singkatan daripada Majlis Ukwah Tahunan dan Mesyuarat Agung PERDIQMA bertujuan mengumumkan perlantikan Presiden baru dan pemberitahuan secara terperinci tentang PERDIQMA Day.

Majlis ini telah dihadiri seramai 22 orang lelaki dan 27 orang perempuan dan dimulakan dengan kata pembuka dari saudara Muhammad Kamal Afiq bin Kamal Razlan. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada mantan presiden PERDIQMA saudara Aizudin. Beliau mengumumkan perlantikan Presiden baru seterusnya meletakkan jawatan sebagai presiden PERDIQMA pada tahun ini.

Selain dari itu, topik yang diulaskan oleh beliau ialah berkenaan komitmen yang baik telah diberikan oleh ahli PERDIQMA kpmb semester 1,dan menekankan bahawa PERDIQMA merupakan platform untuk mereka mengubah diri mereka. Beliau juga telah memberi ucapan yang penuh bermakna iaitu tentang perbezaan antara usia emas dan warga emas,yakni usia emas bermaksud zaman remaja yang diberi kelebihan untuk melakukan pelbagai pelbagai ibadah,dan dimana warga emas bermaksud golongan remaja yang sudah tua dimana kita perlu menghargai mereka.

Seterusnya,mesyuarat diteruskan oleh saudara Danial Ifran iaitu presiden baru PERDIQMA, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa muda dan menyatakan bahawa PERDIQMA telah berjaya mengubah hidupnya ke jalan yang diredhai Allah. Beliau juga telah memaklumkan sedikit sebanyak pengisian PERDIQMA Day yang akan diadakan nanti.Sebagai hamba Allah yang dipilih memegang jawatan terbesar didalam Pergerakan dakwah di KPMB, beliau juga menasihatkan agar memupuk sifat kerjasama seterusnya menjadikan PERDIQMA sebagai platform melatih diri berjuang ke jalan Allah SWT. Selepas selesai memberi ucapan,majlis menjemput Uztaz Wan Muzakir untuk memberi sepatah dua kata.

Setelah uztaz Wan Muzakir selesai memberi ucapan beliau,majlis tamat pada pukul 10 malam. semoga para hadirin dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan dan pihak PERDIQMA berharap agar semua ahli dapat memberikan komitmen yang baik pada masa akan datang.

InsyaAllah..

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...