19 Februari 2012

CERAMAH PERDANA MAULIDUL RASUL BERSAMA IMAM MUDA NURI



Pada hari khamis yang lalu persamaan dengan 16/2/2012 merupakan hari yang istimewa kepada pelajar Kolej Profesional Mara Beranang dimana tetamu jemputan bagi memberi ceramah bertajuk "Rasullulah dan Remaja" adalah penceramah selebriti Imam Muda Nuri Ali bin Arbai dengan kerjasama Perdiqma dan Majlis Perwakilan Pelajar KPMB.


Pada permulaan ceramah, beliau berkata remaja kini semakin melupakan Rasullulah s.a.w. dimana mereka kini apabila berbicara tentang cinta mereka hanya memikirkan cinta pada kekasih hati. mungkin ada yang masih mengingati Rasullulah, tetapi tidak ramai antara kita yang sentiasa mengingati Rasullulah.


Beliau berkata sementara kita tidak mengingati Rasullulah, baginda sentiasa mengingati kita. Dimana pada hari kiamat nanti selepas dibangunkan dari kubur, baginda dan malaikat jibril berada di sebelahnya. baginda dengan gembira "tidak akan tanya dimanakah syurgaku, bawaku ke syurgaku". sebaliknya baginda akan bertanya kepada malaikat Jibril dalam keadaan sedih dan menangis "dimanakah umat ku? bawalah aku ke umat ku". begitu ingatnya Rasullulah kepada umatnya.Tapi BAGAIMANA pula dengan KITA WAHAI UMAT NABI MUHAMAD s.a.w???


Justeru itu, beliau terus menanyakan kepada para siswa siswi tentang hari Valentine. dimana hari valentine merupakan hari perayaan kekasih oleh masyarakat beragama kristian. Beliau menegaskan dalam ceramah beliau bahawasanya penyambutan hari valentine itu adalah haram kerana ia merupakan perayaan oleh agama lain.


Beliau menyatakan bahawa bercinta itu tidak salah,sebaliknya jika kita bercinta niat untuk disayangi,dan dikasihi atau menyayangi atau mengasihi hukumnya adalah harus, selagi tidak berlaku perbuatan zina.


Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Ustaz Md Zan Bin Md Yausof, Timbalan Ketua Hal Ehwal Pelajar . Semoga semua pelajar KPM Beranang mendapat sedikit sebanyak ilmu daripada penceramah jemputan sempena sambutan Mailudul Rasul oleh Imam Muda Nuri.


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...