Insya Allah, bermula pada 10 Februari 2012 ini, satu siri dokumentari sepanjang 6 episod akan diterbitkan di PERDIQMA YouTube Channel.
Video di bawah ini merupakan video "promo" dan luahan hati peserta Misi Kemanusiaan Kemboja anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KPMB yang dilaksanakan pada November 2011.
Video di bawah ini merupakan video "promo" dan luahan hati peserta Misi Kemanusiaan Kemboja anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KPMB yang dilaksanakan pada November 2011.
Nantikan  siri 6 episod  dokumentari perjalanan aktiviti kemanusiaan yang  dijalankan di Bumi  Kemboja bermula dari 10 Februari 2012. Hanya di  PERDIQMA Youtube  Channel. Semoga mendapat ibrah dan manfaat.
Pengarah Program: Musfirah Binti Mohd Asri
Mantan Presiden MPP KPMB:
Makluman: Program Misi Kemanusiaan Ke Kemboja ini merupakan anjuran MPP KPMB sesi 2010-2011. Pihak PERDIQMA KPMB dengan semangat persaudaraan Islam dan ukhuwwah memberikan bantuan dari segi teknologi perisian, peralatan, kepakaran tenaga dan media yang dimiliki ahli persatuan bagi menghasilkan siri dokumentari Misi Kemanusiaan Kemboja agar misi ini memberi inspirasi dan membuka mata lebih ramai insan yang sedang lena supaya bangkit.
"Dan  kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan  (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu  (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu  dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." (Surah Aali 'Imraan, ayat 103)
"Perumpamaan  orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan  bertolong-tolongan di kalangan mereka umpama satu jasad, apabila sakit  satu anggota jasadnya akan terasalah sekalian anggota ( yang lain  sehinggakan) tidak dapat tidur malam dan demam." (Hadits riwayat  Al-Bukhari dan Muslim)
Shukran kerana menonton dan membaca.
 
 
 0 Comments
0 Comments





 
 
 
