19 Februari 2012

Syarat-syarat Pertandingan Sempena Minggu Keseniaan Islam KPMB

BERIKUT ADALAH SEGALA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN RASMI PERTANDINGAN MINGGU KESENIAN ISLAM SESI JAN JUN 2012

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

1. PERTANDINGAN NASYID
a. Syarat-Syarat Penyertaan
i. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 3-6 ( minimum 3 orang dan maksimum 6 org termasuk pemain muzik) orang peserta.
ii. Hanya peserta lelaki dibenarkan mengambil bahagian.
iii. Penyertaan Terbuka kepada semua pelajar kolej dan boleh membentuk kumpulan tidak mengikut program atau semester.
b. Peraturan-Peraturan

i. LAGU
(a) Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan SATU buah lagu. Satu lirik berkonsep ketuhanan dan keislaman dengan irama tidak berubah.
(b) Lagu berkenaan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 5-7 minit sahaja.
(c) Lagu-lagu yang berentak Rock, Heavy Metal, Jazz dan Rap tidak dibenarkan sama sekali untuk pertandingan ini.
(d) Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(e) Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti dadah, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya.
(f) Lirik lagu hendaklah diserahkan sebelum pertandingan secara bertaip kepada urusetia pertandingan.
(g) Konsep lagu adalah bebas sama ada irama padang pasir atau kontemporari.


ii. MUZIK
a. Kaedah minus one adalah dibenarkan di dalam pertandingan ini. Oleh yang demikian, setiap kumpulan perlu menyediakan CD (MP3) atau kaset sendiri bagi kaedah tersebut. Penyerahan CD atau kaset minus one juga perlu diserah kepada Urusetia Pertandingan pada masa pertandingan.
b. Setiap kumpulan juga dibenarkan menggunakan alat muzik yang dibenarkan sahaja. Peralatan seperti gitar, gambus dan seumpamanya yang bertali tidak dibenarkan.


iii. Pakaian

(a) Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.

2. PERTANDINGAN KHUTBAH

2.1 Peserta Pertandingan

(a) Terbuka kepada semua penuntut kolej – lelaki sahaja
(c) Penyertaan Terbuka kepada semua pelajar kolej.

2.2 Syarat Dan Peraturan Pertandingan

(b) Tajuk khutbah mengikut tema yang diberi.(peserta boleh memilih 1 tema sahaja)

1. Muhammad Rasul Junjungan
2. Akhlak Mulia Penghias Peribadi

(c) Setiap peserta hendaklah memakai baju yang sesuai . Peserta hendaklah menyampaikan khutbah pertama sahaja mengikut formah khutbah pertama yang betul dan meliputi semua rukun-rukunnya.
(d) Peserta khutbah hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(e) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan khutbah masing-masing.
(f) Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(g) Peserta hanya boleh menyampaikan khutbah mengikut tema yang telah ditetapkan
(h) Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
(i) Markah akan ditolak tidak lebih dari sepuluh markah daripada jumlah cara penyampaiannya bagi kesalahan ini.
(j) Peserta tidak dibenarkan menunjukkan gaya yang keterlaluan, kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(k) Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh markah bagi keseluruhan markah isi.
(l) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan khutbah sehingga lima belas minit. peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.

3. PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA

3.1 Peserta Pertandingan

(a) Terbuka kepada semua penuntut kolej – perempuan sahaja
(b) Penyertaan Terbuka kepada semua pelajar kolej.

3.2 Syarat Dan Peraturan Pertandingan

(a) Tajuk syarahan mengikut tema yang diberi:(Peserta hanya boleh memilih 1 tema sahaja)

1. Muhammad Rasul Junjungan
2. Akhlak Mulia Penghias Peribadi

(b) Setiap peserta hendaklah memakai baju formal (baju kurung/jubah dan bertudung).
(c) Syarahan dijalankan dalam bahasa Melayu.
(d) Peserta syarahan hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(e) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan masing-masing.
(f) Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(g) Peserta hanya boleh menyampaikan syarahan mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
(h) Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
(i) Peserta tidak dibenarkan membaca nota yang bertulis semasa menyampaikan syarahan. Markah akan ditolak tidak lebih dari sepuluh markah daripada jumlah cara penyampaiannya bagi kesalahan ini.
(j) Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(k) Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh markah bagi keseluruhan markah isi.
(l) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan syarahan sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.


5. PERTANDINGAN KHAT


5.1 Penyertaan
(a) Peserta adalah individu.
(b) Penyertaan Terbuka kepada semua pelajar kolej.

5.2 Pertandingan
(a) Menggunakna kertas lukisan bersaiz A4
(b) Peserta bebas menggunakan apa jua teknik persembahan
(c) Poster tersebut telah disiapkan di kolej masing-masing dan diframekan.
(d) Karya hendaklah asli
(e) Peserta tidak dibenarkan menciplak poster yang sedia ada.
(f) Poster hendaklah di hantar pada 23 Feb 2012 sebelum jam 1 pm kepada ajk yang bertugas.

5.4 Peserta wajib mengikut ayat yang diberikan:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk akhlak yang mulia”




Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...