2 Februari 2012

MU`TAMAR PERDIQMA KALI KE-2



Pada hari Rabu bersamaan 8 Rabiulawal 1433 yang lalu PERDIQMA telah mengadakan perjumpaan di LT 2. Semua ahli-ahli baru dan lama yang terdiri dari Biro Dakwah, Ta'mir, Makanan, Media dan Keceriaan turut hadir pada malam tersebut. PERDIQMA juga telah menjemput mantan presiden PERDIQMA dan Presiden ALUMNAI PERDIQMA sebagai tetamu jemputan. Majlis MU''TAMAR bermula pada jam 9.29 malam. Majlis bermula dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu Saudara Nurdin Haikal Bin Abdul latiff. Tema MU`TAMAR pada sesi ini ialah "Rapuh Iman Runtuh Perpaduan".

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mantan Presiden iaitu Saudara Aizudin B. Jamalan. Dalam ucapannya beliau telah memberikan kata-kata semangat serta menyuntik inspirasi kepada ahli-ahli baru dan lama, serta beberapa pesanan. Antara pesanannya ialah "dalam dunia ini ada pelbagai emas. Ada pisang emas, kasut emas, bola emas dan banyak lagi. Apabila menyebut tentang emas, kita tahu bahawa emas itu berharga. Dalam hidup kita ada 5 perkara yang dapat dikelaskan sebagai emas iaitu masa, usia, harta, kesihatan, dan kesenangan". Tambahan beliau lagi, "kita sekarang berada di dalam usia emas, sebelum menjadi warga emas maka hargailah usia emas anda yang berharga".


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Presiden ALUMNAI iaitu saudara Ikhwan Hadid Bin Mesari. Dalam ucapannya beliau berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau tentang perbezaan Ahli perdiqma dahulu dan sekarang. Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana PERDIQMA pada masa kini dikatakan lebih besar jumlahnya berbanding sebelumnya.Di samping menyampaikan pengalaman yang pernah dilalui, beliau juga menerangkan apa itu ALUMNAI PERDIQMA. ALUMNAI ditubuhkan untuk mengumpul ahli-ahli perdiqma yang telah bergraduasi dan membantu PERDIQMA di KPMB agar tabah dan cekal dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Dalam ucapannya lagi, beliau menambah bahawa manusia sekarang sanggup berjalan 30 minit ke Kolej dan Universiti. Tapi berapa ramai yang sanggup meluangkan masa 30 minit ke surau atau ke masjid ? itulah pentingnya dakwah dalam sesebuah masyarakat. Beliau juga mengingatkan kembali penciptaan manusia dimuka bumi ALLAH ini sebagai Khalifah dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. Diakhir pengucapan beliau mengingatkan ahli-ahli PERDIQMA 3 perkara iaitu 1.pastikan niat sertai PERDIQMA, 2. sanggup bekorban dan bertanggungjawab sebagai pelajar, anak, dan seorang hamba dan yang ke 3.Yakin dengan ALLAH.

ANTARA PESANAN DARI ALUMNI:





Akhir sekali ialah ucapan dari Presiden PERDIQMA iaitu saudara Danial Ifran Bin Khairudin. Dalam ucapannya, beliau berpesan "takwakan diri kita dengan sebenar-benar takwa. Beliau menegaskan lagi bahawa kita sekarang lalai dengan suasana
dunia. Kita tidak merasai getaran di dalam hati apabila menyebut nama ALLAH. Kita leka dan hal keduniaan menjadi bualan kita. Saudara Danial Ifran menjelaskan objektif MU`TAMAR adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara AJK dan ahli PERDIQMA serta menyatukan hati PERDIQMA. Beliau menambah ucapannya mengenai kepentingan dakwah sebagai tulang belakang kepada negara kerana dakwahlah wujudnya agama dan ingatlah jika kita meninggalkan dakwah akan didatangkan kepada kita malapetaka.

Antara gambar sewaktu majlis berlangsung:



























Untuk itu kepada sahabat seperjuangan PERDIQMA semoga kita mengambil iktibar dan teladan sepanjang majlis ini berlangsung. wallahuallam.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...