4 Mac 2010

Sempena Maulidur Rasul: "Rasulullah Idola Sepanjang Zaman."

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat kini dahagakan role model, yang boleh diikut sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Sebagai seorang mukmin dan mukminat, al Quran dan As Sunnah adalah sumber utama untuk dijadikan panduan.

Dua sumber tersebut, tidak dapat tidak hendaklah diterjemahkan secara realiti, yang boleh dinampak dengan mata kasar, yang telah dijelmakan dalam bentuk kehidupan. Itulah yang dimaksudkan 'masyarakat kini dahagakan role model'; perlukan 'role model' yang nampak dan boleh diikuti secara 'live' untuk dijadikan contoh.

Seperti firman Allah SWT di dalam al Quran yang merupakan sumber panduan kehidupan kita:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ( Al-Ahzab : 21 ).

Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al Anbiya': 107)

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. (al Qalam: 4).

Segalanya bermula dari diri kita, tarbiyah bermula dari hati-hati kita. Mari kita cuba laksanakan sedaya mungkin keperibadian Rasulullah SAW untuk diphotostatkan dalam diri kita untuk dijadikan contoh kepada masyarakat kita yang kini dahagakan serta tercari-cari role model yang boleh dilihat secara live.

Rasululullah, pada dirimu satu contoh ikutan terbaik buat ummat...

Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)

Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.

Berserban:
Apabila Rasulullah SAW berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya (Riwayat at Termizi daripada Ibnu Umar)

Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)

Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.

Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari Baginda tak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)

Berwuduk:
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)

Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)

Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)

Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)

Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)

Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)

Menerima berita:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakan, Baginda akan berkata; "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat", dan apabila Baginda didatangi perkara yang buruk, Baginda akan berkata "Alhamdulillahi'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada 'Aisyah).

Mmm Jika kita hanya minat pada artis, duduk sekali ngan anak-anak tengok Akademi Fantasia, tengok Mentor, bermesyuarat sekeluarga nak undi siapa, tengok Malaysia Idol serta segala hal dunia hiburan, bagaimana la generasi yang akan lahir mendatang. Adakah mampu membawa kembali Islam?

waAllhua'lam.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...