SNACK FOOD ?
Assalamualaikum pembuka
bicara buat syabab syabab dan mawar
mawar mujahidah yang sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hari hari
sebagai seorang pemuda Islam .
Ehem,, ehem,, sebelum kita
meneruskan pengembaraan kita di dalam blog yang osem ni , ingin kami bertanya
kepada pembaca pembaca blog perdiqma yang setia ^^,
APA KHABAR IMAN kalian ?
APA KHABAR JIWA kalian ?
APA KHABAR kesihatan kalian ?
Moga anda semua dalam keadaan
yang sihat , baik dan lebih bertenaga agar kalian masih terus berusaha untuk
menjadikan diri anda lebih baik dari semalam dan semalam . insyaAllah .
Okay , the point that we want to
share is about SNACK FOOD for you all . opss ! bukan snack food untuk anda
kenyang perut senang hati , tapi snack food yang mungkin boleh memberi suntik
kepada iman anda yang hampir rapuh dek kerana arus dunia yang hebat ni . :D
Ohoi, rasa nya dah lama
perdiqma tidak berkongsi bahan bacaan yang menjadi pilihan buku kami . nah !
ini dia
MAGAZINE JOM !
“Dakwah itu Mudah ; bukan sekadar kewajipan, tetapi gerakan yang
menghidupkan”
fuhh ! trademark yang cukup
menggetarkan jiwa .
baiklah , kenapa majalah ini
menjadi pilihan kami kerana DIA SANGAT OSEM la ! :D
pertama tamanya gaya bahasa
yang digunakan sangat santai dan mudah untuk difahami bagi mereka yang baru
hendak berjinak jinak dengan encik DAKWAH & TARBIYYAH selepas tersentuh
makcik HIDAYAH . subhanAllah ! teruskan
usaha kalian wahai syabab pemuda pemudi Islam . kalian adalah orang orang
dipilih Allah . eh, sungguh rasa terharu bila diri yang tak seberapa ni Allah
pilih untuk dipermudahkan jalan mendekatkan diri kepadaNya .
kedua setiap kolumnis yang
bertungkus lumus berpena majoritinya adalah kalangan orang orang bukan lah dari
kalangan pelajar jurusan agama malah mereka ini belajar di negara mat salleh
gitu . yang mungkin kita rasa adakah syiar islam di sana ? ~krikk, krikk~
(kalau tak percaya anda boleh try selak selak di kedai buku especially MPH and
MyNews)
pengisian dalam setiap edition
sangat menarik dan mungkin boleh buat kalian sentiasa untuk menantikan keluaran
yang terbaru . tema setiap bulan yang sangat santai dan penuh debaran . setiap
pengisian dalam majalah JOM ! sangat sesuai untuk membantu kalian untuk keluar
dari kepompong jahiliyah dan membimbing untuk menjadi hamba Ilahi yang
sebenar
benarnya. insyaAllah .
akhir kalam kami cadangkan anda juga
memiliki SNACK ini kerana anda juga layak untuk memilikinya . moga buku buku yang menjadi pilihan kami ini
dapat menambat hati anda untuk terus berjuang bersama kami di dalam medan
perjuangan mencari REDHA ILAHI . :)
*takbir ALLAHUAKHBAR !