1. PERTANDINGAN NASYID
1.1 Syarat-Syarat Penyertaan
(a) Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 4-10 ( minimum 4 orang dan maksimum 10 orang termasuk pemain muzik) orang peserta.
(b) Hanya peserta lelaki dibenarkan mengambil bahagian.
(c) Peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
1.2 Peraturan-Peraturan
(a) LAGU
(ii) Lagu berkenaan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 15 minit sahaja.
(iii) Lagu-lagu yang berentak Rock, Heavy Metal dan Rap tidak dibenarkan sama sekali untuk pertandingan ini.
(iv) Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(v) Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti budaya ber”couple”, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan lain-lain.
(vi) Lirik lagu hendaklah diserahkan bersama penyertaan pertandingan kepada urusetia pertandingan. ( semasa pendaftaran)
vii) Konsep lagu adalah bebas sama ada irama padang pasir atau kontemporari.
(b) MUZIK
(ii) Setiap kumpulan juga dibenarkan menggunakan alat muzik yang dibenarkan sahaja. Peralatan seperti drum, alat muzik yang bertiup dan gitar elektrik tidak dibenarkan (Classic guitar dan keyboard dibenarkan).
(iii) Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang peralatan muzik untuk setiap kumpulan. Oleh yang demikian, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan peralatan sendiri dari kolej masing-masing.
1.3 Penghakiman
(a) Pertandingan akan dihakimi oleh seorang hakim.
(b) Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
(c) Penghakiman adalah berdasarkan pada aspek-aspek berikut:
(i) Mutu Suara 60 markah
(ii) Persembahan 20 markah
(iii) Gaya 20 markah
(iv) Mesej 20 markah
(v) Lirik 30 markah
Jumlah 150 markah
(d) Mutu Suara meliputi kemantapan dan kemerduan suara.
(e) Persembahan meliputi susun atur, keunikan dan kreativiti persembahan.
(f) Gaya meliputi pakaian, kekemasan dan kesesuaian gaya dengan nasyid yang disampaikan.
(g) Lirik yang bersesuaian dengan tema dan tiada unsur yang bercanggah dengan syariat.
1.4 Pakaian
Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.
2. PERTANDINGAN PIDATO
(a) Terbuka kepada semua pelajar muslimat KPMB.
2.2 Syarat Dan Peraturan Pertandingan
(a) Tajuk pidato adalah bebas.
(b) Setiap peserta hendaklah memakai baju sopan yang lengkap dan menutup aurat dengan sempurna.
(c) Dua salinan teks hendaklah disediakan untuk urusetia dan juri dan peserta tidak dibenarkan merujuk teks semasa berpidato.
(d) Pidato hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(e) Peserta pidato hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(f) Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyampaikan syarahan masing-masing.
(g) Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(h) Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
(i) Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(j) Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh markah bagi keseluruhan markah isi.
(k) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan syarahan sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.
2.3 Pemarkahan
(a) Suara 30 Markah
(b) Isi 40 Markah
(c) Teknik 45 Markah
(d) Mesej 35 Markah
Jumlah markah keseluruhan 150 Markah
2.4 Penghakiman
(a) Panel hakim pertandingan syarahan adalah terdiri dari 3 orang hakim pertandingan termasuk seorang Ketua Hakim.
(b) Ketua Hakim akan bertanggung jawab untuk :
(iv) Menyatakan keputusan pertandingan.
(v) Memberi komen dan nasihat yang membina kepada peserta syarahan dan penonton sekiranya perlu.
(vi) Keputusan Panel hakim adalah muktamad.
3. PERTANDINGAN KHUTBAH
(a) Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB.
3.2 Syarat Dan Peraturan Pertandingan
(a) Setiap peserta hendaklah memakai baju sopan yang lengkap.
(c) Khutbah dijalankan dalam hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(d) Peserta khutbah hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(e) Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyampaikan khutbah masing-masing.
(f) Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(g) Peserta hanya boleh menyampaikan khutbah mengikut teks yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
(h) Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
(i) Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(j) Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh markah bagi keseluruhan markah isi.
(k) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan khutbah sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.
3.3 Pemarkahan
(a) Suara 30 Markah
(b) Gaya 40 Markah
(c) Teknik 45 Markah
(d) Kekemasan Diri 35 Markah
Jumlah markah keseluruhan 150 Markah
3.4 Penghakiman
(a) Ketua Hakim akan bertanggung jawab untuk :
(iv) Menyatakan keputusan pertandingan.
(v) Memberi komen dan nasihat yang membina kepada peserta syarahan dan penonton sekiranya perlu.
(vi) Keputusan Panel hakim adalah muktamad.
4. DEBAT
(a) Terbuka kepada semua penuntut kolej (Persatuan/Kumpulan sendiri).
(b) Setiap kumpulan hendaklah mempunyai 3 peserta sahaja.
(c) Ahli kumpulan boleh terdiri dari anggota sama jantina sahaja.
(d) Penyertaan terhad kepada 8 persatuan/kumpulan yang mendaftar terawal (4 kumpulan lelaki & 4 kumpulan perempuan).
(e) 2 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan dipilih untuk Debat Siswa pada 28 Mac 2013.
a) Kumpulan akan diberi topik untuk diperdebatkan.
b) Cara pertandingan adalah kumpulan lelaki akan berdebat dengan kumpulan perempuan di peringkat akhir.
c) Terdapat 6 pusingan dan masa yang ditetapkan untuk setiap pusingan ialah 20 minit sahaja ( 3 minit setiap seorang, 1 minit penggulungan bagi setiap kumpulan).
4.3 Penghakiman
(a) Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Tarannum dan kelancaran.
(b) Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i) Isi 60 markah
(ii) Gaya 15 markah
(iii) Bahasa 20 markah
(v) Adab 5 markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah
(a) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5. PERTANDINGAN HAFAZAN: (Al-Mulk, Al Waqiah @ Sajadah)
5.1 Penyertaan
(a) Syarat-syarat Penyertaan:
(i) Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii) Terbuka kepada semua pelajar KPMB
(b) Pakaian:
(i) Peserta lelaki dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.
(ii) Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung lengkap menutup aurat yang sempurna
5.2 Pertandingan
(a) Peserta akan diberi pilihan untuk memilih satu dari surah berikut: (Al-Mulk, Al Waqiah atau Sajadah).
(b) Cara pertandingan adalah berdasarkan konsep “Tebuk” di mana ketua hakim akan memilih mana-mana ayat dari surah yang telah dipilih oleh peserta dan membacakan ayat tersebut. Peserta juga akan disoal 5 soalan dari Surah Lazim. Peserta dikehendaki mengulang bacaan dan menyambung hafalan pada ayat seterusnya sehingga diminta berhenti oleh hakim. Kelancaran bacaan, hukum tajwid, fasohah dan suara adalah diambil kira.
5.3 Penghakiman
(a) Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Fasohah dan suara
(b) Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i) Bahagian Tajwid 50 markah
(ii) Bahagian Fasohah 25 markah
(iii) Bahagian Suara 25 markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah
5.4 Penentuan pemenang
(a) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6. PERTANDINGAN TILAWAH
6.1 Penyertaan
(a) Syarat-syarat Penyertaan:
(i) Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii) Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB
(b) Pakaian:
(i) Peserta dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.
6.2 Pertandingan
(a) Peserta akan bebas untuk memilih surah yang akan dibaca.
(b) Cara pertandingan adalah peserta dikehendaki membacakan ayat yang dipilih sendiri dalam masa yang diberikan iaitu 5 minit. Kelancaran bacaan, hukum tajwid, tarannum dan suara adalah diambil kira.
6.3 Penghakiman
(a) Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Tarannum dan kelancaran.
(b) Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i) Bahagian Tajwid 50 markah
(ii) Bahagian Kelancaran 25 markah
(iii) Bahagian Tarannum 25 markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah
6.4 Penentuan pemenang
(a) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7. PERTANDINGAN AZAN
(a) Syarat-syarat Penyertaan:
(i) Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii) Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB sahaja.
(b) Pakaian:
(i) Peserta lelaki dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.
7.2 Tata Cara Pertandingan
Format persembahan :
Mengikut disiplin Azan yang betul
7.3 Penghakiman
(a) Fasohah/Sebutan 30 Markah
(b) Alunan Lagu 40 Markah
(c) Suara 30 Markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah
(a) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PENYERTAAN SEMUA PELAJAR KPMB ADALAH TERAMAT SANGAT DIGALAKKAN.
MAJULAH ISLAM UNTUK NEGARA . ALLAHUAKBAR !!