Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,marilah kita semua memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi diatas segala perlindungan dan rahmat atas perjalanan minggu keseniaan islam . Alhamdulillah majlis kita berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Pada 19 Februari 2013 yang lalu PERDIQMA telah mengadakan Minggu Kesenian Islam (MKI) di Kolej Profesional MARA Beranang. Fokus utama minggu kesenian Islam ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili kolej dalam pertandingan Nadwah Islamiah 2013 . Di antara pertandingan yang diadakan adalah tilawah Alquran, khutbah, hafazan , pidato, azan, debat dan nasyid bersempena Minggu Kesenian Islam ini . Alhamdulillah, atas pertolongan-Nya, Minggu Kesenian Islam telah berjalan dengan lancar.
Pada 19 Febuari 2013 sebanyak dua pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan tilawah dan hafazan. Juri pada malam itu ialah Ustaz Abduh dan Ustazah Idayu. Pertandingan telah berlangsung di surau Annur. Pertandingan tilawah telah dibuka penyertaannya kepada peserta lelaki sahaja manakala penyertaan terbuka untuk pertandingan hafazan. Alhamdulillah penyertaan dari para pelajar amat memberangsangkan. Keesokannya pula bersamaan 20 Februari 2013, sebanyak empat pertandingan pula dijalankan . Pertandingan tersebut ialah pertandingan pidato (penyertaan perempuan sahaja) yang berlangsung di Surau Annur dan dijurikan oleh Ustaz Wan Muzakir Wan Najmi, khutbah dan azan (penyertaan lelaki sahaja) di dewan KPMB dan dijurikan oleh Ustaz Imran Ramzi dan pertandingan debat (penyertaan terbuka) yang berlangsung di LT2 dan dijurikan oleh Puan Zaida.
Semasa pertandingan debat dijalankan topik yang diberikan untuk dibahas adalah “Selebriti sebagai model terbaik” dan “Poligami menyelesaikan masalah andartu”. Pendebatan antara kumpulan lelaki dan wanita amat menarik perhatian kerana dihadiri begitu ramai para pelajar. Pendebatan yang sangat hangit berlangsung pada malam itu dan sedikit sebanyak dapat memberikan input kepada semua.

Pada hari khamis bersamaan 21 Februari 2013 pula, pertandingan nasyid (penyertaan lelaki sahaja) diadakan di dewan KPMB dan dijurikan oleh Ustazah Hafidzah Mansor dan En. Firdaus . Sebanyak 3 kumpulan telah menyertai pertandingan nasyid iaitu kumpulan Outteam, Voice of Khalifah dan New. Subhanallah, para peserta sememangnya sangat berbakat. Juri jemputan juga telah dijemput pada malam itu iaitu En. Aisammuddin yang juga merupakan pelatih nasyid kolej kita. Setelah itu, majlis penutup dan penyampaian hadiah pula diteruskan pada malam tersebut.
Tetamu jemputan pada malam itu ialah Sir Shahari Md Zin, En. Aziz dan Ustaz Imran Ramzi. Sedikit kata-kata aluan disampaikan oleh Ustaz Imran bagi menutup majlis Minggu Kesenian Islam KPMB 2013. Diucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua yang melibatkan diri dalam setiap pertandingan. InsyaAllah dengan adanya program seperti ini dapat menonjolkan beberapa bakat para pelajar yang berteraskan keislaman. Semoga dengan adanya program keislaman seperti ini, para pelajar semakin berminat untuk menonjolkan bakat masing-masing serta berdakwah di jalan Allah SWT. Syukran buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program minggu keseniaan islam. InsyaAllah kita semua akan mendapat faedahnya diatas apa yang dilakukan.Amin.