10 Oktober 2013

Kelebihan Awal Bulan Zulhijjah


Assalamulaikum kepada pembaca setia blog kami. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk hidup dimuka buminya ini dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan terakhir dalam kalendar Hijrah. Bersempena dengan kedatangan Zulhijjah, pihak kami telah mengadakan kursus dan praktikal ibadah haji dan umrah pada 6 Oktober 2013. Alhamdulillah program yang dikendalikan oleh Ustaz Imran Ramzi itu berjalan dengan baik. Moga peserta mendapat manfaat daripadanya.


Bulan Zulhijjah mengingatkan kita tentang peristiwa bersejarah dalam sirah Nabi terdahulu mengenai kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Mungkin tidak perlu saya bercerita secara panjang lebar tentang kisah ini kerana umum telah mengetahuinya yang menjadi asbab Hari Raya Aidiladha. Nabi Ibrahim a.s yang digelar Khalilullah merupakan salah seorang rasul Ulul Azmi yang paling banyak menghadapi ujian dan cubaan. Malah nama baginda sentiasa kita sebut dalam bacaan tahiyyat akhir solat kita bersama nama nabi Muhammad s.a.w. Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita yakin bahawa perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini perlu berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan halangan samada dari musuh atau umat Islam sendiri.

Hikmah Hari Raya Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan. Sekiranya semasa menyambut Aidil Fitri yang lepas kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah manakala ketika meraikan raya Aidiladha maka bagi golongan yang berkemampuan, menunaikan ibadah haji atau disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Ini semua mendidik jiwa kita supaya bersyukur atas nikmat harta yang Allah anugerahkan, membuang sifat kedekut dalam diri disamping merapatkan diri kepada Allah serta mengambil berat tentang kebajikan saudara kita yang lain. 


Marilah kita sama-sama mengambil contoh teladan daripada pengorbanan 2 orang anak nabi Adam a.s di mana satu diterima manakala yang satu lagi ditolak akibat tidak ikhlas dan bermain-main dengan perintah Allah. Allah telah memberikan amaran kepada orang-orang yang beriman supaya berhati-hati dengan harta kerana ia dapat melalaikan mereka daripada peringatan Allah di mana Allah memberikan keizinan kepada manusia untuk berusaha memperolehi harta dengan cara yang telah dibenarkan oleh syarak.

Bagi masyarakat awam yang mungkin masih tidak berkemampuan, banyak amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang di awal Zulhijjah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fajr: 1-2:

Demi fajar dan malam yang sepuluh

Kata Ibnu Kathir:  Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].






 




AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:

1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.

2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).” Masa takbir adalah bermula subuh 9 Zulhijjah hingga akhir Asar 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik)

4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.

Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].

Wallahua'alam.


Rujukan: http://www.abuanasmadani.com/?p=1684  












Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...