5 Oktober 2013

PERDIQMA DAY 2013


Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
Salam satu ummah.

Bonjourrrr !

Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ? Harapnya agar iman sentiasa sihat. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih bernafas lagi dimuka bumi Allah ini untuk beribadah dan mencari keredhaan-Nya. Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah dan dijauhi dari futur (futur dari konteks Islam ia bermaksud lemah semangat dalam berdakwah). Okay, entri kali ini kami akan berkongsi berkenaan PERDIQMA Day !

Alhamdulillah, PERDIQMA Day telah berjaya dijalankan pada 28 dan 29 September 2013 bertempat di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor. Pelbagai aktiviti menarik telah dibentangkan dengan objektif yang begitu menguji kerohanian diri, Subhanallah. Pada 28 September 2013, program dimulakan dengan pendaftaran pada pagi itu. Seramai 50 orang ahli PERDIQMA telah menyertai program ini. Setelah itu, para peserta disuap dengan sedikit perkongsian dari Ustaz Wan Muzakir Wan Najmi dengan tajuk "Bicara Remaja". Beliau mengupas isu-isu remaja masa kini. Seusai solat Zuhur, sesi LDK 1 iaitu "Alquran Cintaku" dijalan. Para peserta telah diminta untuk menyusun potongan ayat-ayat Alquran dengan susunan yang betul. Tidak disangka, hebat-hebat belaka para peserta kita. 

Seusai solat Asar berjemaah pula, sesi LDK 2, "Riadah Mahabbah" dilaksanakan oleh para AJK. Pelbagai gelagat yang mencuit hati telah ditampilkan oleh para peserta, tidak kurang juga para AJK yang turut sama mengikuti aktiviti juga begitu hangat memeriahkan aktiviti, Allahuakbar. Pada sebelah malam, "Taqarrub Alquran Fi Qalbi" iaitu sesi LDK 3 dijalan dengan jayanya, Alhamdulillah. Tayangan video telah diadakan pada ketika itu dan diteruskan dengan "Night Walk".

Keesokkan harinya, program pada pagi itu ialah "Treasure of Iman". Para peserta perlu melakukan explorace kerana terdapat beberapa checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai objektif masing-masing dimana tahap nilai-nilai murni dalam diri mereka diuji. Seusai solat Zuhur, LDK 4 dilaksanakan iaitu "Titipan Warkah". Para peserta diminta untuk menulis surat buat orang yang mereka sayang kerana Allah. Muslimin sesama musimin, dan muslimat sesama muslimat. Setelah itu, berjalanlah majlis penutup. Para peserta diberi hadiah mengikut kejayaan yang diperoleh. 

Haaaa sebelum terlupa, ribuan terima kasih diucap buat beberapa orang alumni PERDIQMA yang hadir ketika PERDIQMA Day dijalankan. Subhanallah kehadiran mereka dapat memeriahkan lagi program ini. Semoga Allah membalas jasa mereka semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap agar, segala manafaat diambil rapi dan disimpan kemas di dalam diri.



Takbir.... Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Ohsemnyaaa *senyum sampai telinga*

*lagi gambar program akan menyusul InsyaAllah.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...