Alhamdullilah..pada tanggal 8 october 2011 telah berlangsungnya  PERDIQMA DAY buat kali ke-2 . PERDIQMA DAY yang dianjurkan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli Perdiqma itu sendiri juga Ajk-Ajk Perdiqma.Lembaran hari  dibuka dengan menghidupkan surau untuk bersama mengambil peluang bagi  melakukan solat sunat Tasbih yang dihadiri oleh ahli perdiqma dan rakan kamsis.  Kami berpeluang untuk berjemaah bersama dan menanti untuk kuliah subuh  yang  disampaikan oleh saudara Asyraff Aziz.
Pada  pagi hari tersebut aktiviti dimulai dengan senaman ringan dan  ice-breaking . FINDING NEMO...itulah aktiviti pertama yang dijalankan  untuk memecah tembok pemisah  antara peserta bagi mengerat kemesraan dalam proses saling mengenali antara ahli.  Proses  ice-breaking ini diteruskan dengan melakukan pembahagian kumpulan  melalui kertas yang ditampal di belakang setiap perserta dan kumpulan  dibahagi menerusi  warna iaitu  merah, kuning, biru, hijau. Setiap kumpulan diberi seorang fasilitator  yang akan membimbing setiap kumpulan sehingga ke akhir program.  (Kumpulan kuning - Aniq Bukhari, kumpulan hijau - Mohd  Asyraff, kumpulan biru - Siti Suhaili dan Aqilah,kumpulan ungu  - Zulia Sofy dan yang terakhir adalah kumpulan merah - Yana ). 
Aktiviti pada pagi itu dilengkapkan dengan permainan “Kertasku,Kertasmu Jua”yang menggesa peserta berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan permainan itu dalam tempoh masa yang diberikan. Permainan ini mempupuk sikap kerjasama antara ahli dalam berfikir secara logik dan kritis dan memerlukan kesepakatan setiap ahli. Peserta diberikan tugasan yang bertemakan “Rapuh Iman Runtuh Perpaduan” yang akan dipersembahkan pada malam ukhuwah. Selesai diberi tugasan peserta semua beredar untuk mejamah sarapan pagi yang ikhlas disediakan oleh biro makanan & ekonomi.
Aktiviti pada pagi itu dilengkapkan dengan permainan “Kertasku,Kertasmu Jua”yang menggesa peserta berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan permainan itu dalam tempoh masa yang diberikan. Permainan ini mempupuk sikap kerjasama antara ahli dalam berfikir secara logik dan kritis dan memerlukan kesepakatan setiap ahli. Peserta diberikan tugasan yang bertemakan “Rapuh Iman Runtuh Perpaduan” yang akan dipersembahkan pada malam ukhuwah. Selesai diberi tugasan peserta semua beredar untuk mejamah sarapan pagi yang ikhlas disediakan oleh biro makanan & ekonomi.
Perjalanan  ikatan ukhuwah disambung dengan aktiviti “JOURNEY OF TAQWA”(JOT),  ia umpama explorace tapi initpatinya berunsur islamiah dan memerlukan  tekad antara pasukan untuk terus melangkah merentas segala halangan  bersama. Pelbagai soalan, tekaan, dan cabaran perlu ditempuh sepanjang  aktiviti berlangsung.
 Video Program:
  Pada jam 3.30 petang, aktiviti diteruskan di Taman Tasik Kesuma, setiap kami dibekalkan dengan makanan bagi mengalas perut. Surau al-Kauthar menjadi pilihan untuk menunaikan solat fardu asar, usai solat kami memulakan aktiviti REHLAH. Aktiviti ini umpama menghilang kelesuan tubuh di mana peserta dipadatkan dengan aneka permainan “BELIEVE ME OR NOT”yang menuntut komitmen, tenaga, usahasama setiap ahli. Ia juga menguji sejauh mana tahap kepercayaan individu terhadap kumpulan yang diwakilinya.
Pada malam kemuncak yang diadakan di Dewan Sri Gema, majlis yang dikemudi oleh saudara Arif dan Dzfran membuka tirai dengan bacaan doa oleh saudara Afif Maahi. Setelah itu pengerusi PERDIQMA Daniel Ifran mengambil peluang untuk memberi ucapan penghargaan kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program. Majlis diwarna dengan persembahan yang pertama dari kumpulan Sakaratul Maut yang mengalunkan lagu yang menyeru rakan sekalian untuk menginsafi diri dan memperlihat kebesaran Allah.
Kumpulan Daie pula mengambil tempat untuk memulakan persembahan sketsa yang mempunyai mesej tersirat dan diselit unsur jenaka yang mencuit hati. Mujahidah Azrokun dan Nahnu Jamilah merupakan kumpulan yang diwakili oleh kaum hawa, mempersembahkan pentoman yang dekat dengan kehidupan seharian dan mengetengahkan isu yang berkait dengan perpaduan ummah.
Sambil menunggu proses pemarkahan, kami ditayangkan dengan video montaj yang mengimbau kembali kenangan sepanjang program yang sarat dengan detik manis yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana mungkin bagi sesetengah ahli ini merupakan PERDIQMA DAY yang terakhir kalinya buat mereka setelah tamat pengajian di KPM Beranang.
Pengumuman  pemenang dan majlis pemberian hadiah menutup program ini yang  berlangsung dengan jayanya. Para peserta bergambar kenangan bersama-sama  dan berharap agar talian persahabatan antara mereka tidak akan terputus  sampai di situ sahja. Moga program ini akan mendapat keberkatan dalam  setiap incinya, ia juga telah mencoret memori yang indah dalam kita  menagih rahmat Allah sekaligus dapat membentuk barisan remaja yang  terbentuk jalinan ukhwahnya dalam menegakkan panji-panji kemuliaan agama  Allah.
 





 
 0 Comments
0 Comments





 
 
 
