www.perdiqmakpmb.blogspot.com
editor: Zubaidahtul Nooraini Bt Musdar
MAKKAH: Kira-kira 16 wanita didakwa terbabit dalam pergaduhan di pusat pemulihan akhlak di bandar raya ini hingga memaksa polis campur tangan.
Menurut sumber, pergaduhan bermula antara seorang penghuni berusia 20-an tahun dengan seorang tahanan hamil.
Tahanan lain kemudian campur tangan dan kejadian merebak menjadi pergaduhan antara dua kumpulan. (Klik pada more untuk baca selanjutnya)Sumber itu juga berkata, pengawal terpaksa menutup bilik kurungan sebelum memanggil polis untuk mengawal keadaan.
Januari lalu, tahanan wanita di pusat berkenaan merusuh kerana membantah keadaan dan layanan buruk yang mereka terima.
Kejadian rusuhan itu masih dalam siasatan. Dalam kejadian semalam, polis berjaya meleraikan pergaduhan sesama tahanan wanita terbabit dan sudah memulakan siasatan. Pusat itu menempatkan 43 tahanan.
Sumber di pusat itu berkata, kejadian bermula apabila dua tahanan bertengkar mengenai punca masing-masing ditahan sebelum mereka bergaduh dengan bertumbuk dan menarik rambut dan disertai oleh 14 tahanan lain.
Sumber: Harian Metro 27/04/2010