23 Mei 2010

JAWAPAN ISU TARIAN POCO-POCO

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Mus'ab Khalili Rosli

Assalammualaikum...
Berikut merupakan jawapan terhadap isu tarian poco poco yang pergerakannya dikatakan menyerupai lambang salib.
Klik "sini" untuk rujuk isu tersebut yang  telah diterbitkan Januari lalu.

Kepada pengunjung perdiqma  yang telah memberi ulasan berkenaan tarian Poco-poco pada artikel yang bertajuk Rahsia Tarian Poco-Poco keluaran Januari lalu dan pengunjung blog perdiqma yang lain:


Seperti yang ramai dari kita hadapi dalam kehidupan seharian, kadangkala ada dikalangan kita yang mengamalkan/melakukan sesuatu tanpa menyelidik asal usul perkara itu dengan baik terlebih dahulu. Atau dengan kata lain "mengambil ambil mudah". Sedangkan didalam Islam, kita ditegah melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang dikatakan sebagai Taklid*. Situasi ini bertambah sukar sekiranya turut berlaku kepada diri kita, mahupun keluarga kita lebih-lebih lagi apabila menyentuh isu akidah kita sebagai umat Islam.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan iaitu berkenaan amalan Tarian Poco-poco yang diamalkan oleh keluarga saudara/saudari, sudah tentu sukar bagi kita untuk memberitahu mereka tanpa kelukakan hati mereka terutamanya kepada ahli keluarga yang lebih tua lebih-lebih lagi ibubapa. Dalam perkara seperti ini, Islam mengesyorkan cara yang paling berhikmah dan terbaik agar kita tidak melukakan hati mereka seterusnya dapat mengekalkan keutuhan hubungan kekeluargaan.

Disini saya mengesyorkan beberapa kaedah yang mungkin dapat membantu:

1) Gunakan orang ketiga: Untuk kaedah ini, saya mencadangkan agar meminta bantuan dari kalangan ahli keluarga terdekat yang lebih tua & yang memahami isu ini dengan baik untuk menasihati ahli keluarga kita. Dengan ini, mungkin ahli keluarga kita akan dapat menerima & memahami tentang perkara ini dengan baik selain hubungan kita terhadap mereka tetap terpelihara.

2) Kongsikan maklumat yang anda perolehi bersama mereka: Bagi kaedah ini, mungkin kita boleh kongsikan bersama mereka melalui e-mail, link ke web site yang mendedahkan perkara ini atau print dan berikan risalah-risalah kepada mereka.

3) Selalu berkongsi cerita dan masalah yang berlaku disekeliling kita bersama mereka: Dengan cara ini, kita mungkin boleh berkongsi maklumat yang didedahkan didalam artikel ini bersama mereka secara tidak langsung dan tidak melukakan hati mereka. Malah, mungkin mereka lebih berminat dan gembira dengan apa yang kita sampaikan kepada mereka disebabkan cara yang kita gunakan.

Sekadar itu sahaja dari saya. Saya amat berharap agar apa yang saya kongsikan dapat membantu. Sesungguhnya, Allah SWT berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mencampur adukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." 
Al-Baqarah, 42.


p/s: Sebaik-baiknya, kita hendaklah bertanya dan mengkaji segala perkara yang ada disekeliling kita agar kita menjadi umat Islam yang sentiasa peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku serta tidak mudah dimanipulasi oleh musuh yang sentiasa cuba untuk melemahkan Akidah Islamiyyah kita kepada Allah SWT.
 
"Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah dalam menjalani kehidupan sebagai remaja yang penuh dengan cabaran ini."
Disini saya sertakan link yang mungkin dapat membantu/rujukan:

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/ab13fc1b7e87eb4f4825760100208cd4 ?OpenDocument

http://www.ehoza.com/v4/forum/ibubapa-anak-kehamilan/83627-bolehkah-anak-menasihati-ibu-bapa.htmlhttp://www.ehoza.com/v4/forum/ibubapa-anak-kehamilan/83627-bolehkah-anak-menasihati-ibu-bapa.html

*Taqlid adalah satu perkataan bahasa arab yang bermaksud mengikuti pada bahasa dan pada istilah pula bermakna mengikuti sesuatu perkara atau hukum tanpa mengetahui dalil atau nas yang menyokong hukum atau perkara tersebut.

*Jawapan ini juga telah dijawab pada 31 Januari 2010 lalu pada ruangan komen pada tajuk "Rahsia Tarian Poco-poco".  Sekadar terbitan semula untuk perkongsian dengan pengunjung perdiqma yang lain.

Dijawab oleh:
Mus'ab Khalili Rosli (editor)
kpmbperdiqma@gmail.com

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...